LOS ANGELES - Prestasi pecah panggung filem muzikal Les Miserables dan filem Django Unchained pada Hari Krismas lalu meletakkan kutipan tiket panggung wayang Hollywood bagi tahun ini meningkat kepada AS$10.8 bilion (RM33.1 bilion), kata firma Hollywood.com kelmarin.
Filem Les Miserables dilaporkan memperoleh AS$18.2 juta (RM55.8 juta) di Amerika Syarikat dan Kanada apabila ia mula ditayangkan Selasa lalu.
Filem Django Unchained yang dibintangi aktor Jamie Foxx and Leonardo DiCaprio pula meraih kutipan tiket sebanyak AS$15 juta (RM46 juta).
"Beberapa studio filem tahun ini berusaha untuk mencipta rekod dengan catatan AS$10.8 bilion iaitu peningkatan sebanyak enam peratus berbanding tahun lalu," kata penganalisis Hollywood.com, Paul Dergarabedian.
Filem The Hunger Games dan The Avengers turut membantu menambah pendapatan tahun ini.
Sementara itu, filem The Hobbit: An Unexpected Journey mengaut AS$11.4 (RM34.9 juta) pada Krismas lalu selepas mendapat kutipan pecah panggung hampir AS$37 juta (RM113.4 juta) hujung minggu lalu.
Berada di tempat keempat dan kelima ialah filem Parental Guidance dan filem lakonan Tom Cruise, Jack Reacher masing-masing memperoleh AS$6.4 juta (RM19.6 juta) dan AS$5.3 (RM16.2 juta). - Reuters
kosmo
No comments:
Post a Comment