Click This pages

Sumbangan ikhlas

Wednesday, December 26, 2012

Makanan Yang Terbaik Mengikut Sunnah




Assalamualaikum..


Aku nak kongsi sikit ngan korang about makanan yang nabi kita makan... korang tau tak nabi kita makan apa??? bukan mac donald or KFc tu... makanan camtu tak sihat untuk badan kita nie... tapi aku balun juga... dah orang nak belanja makan mac.d ...hehehe... jangan korang tiru perangai aku plak..huhu...

hrmmm... ok, nabi ada ngajar kita tentang pemakanan yang sihat untuk badan kita nie.... yang first sekali, nabi suka makan kurma... atau dates... tapi kita makan kurma nie waktu bila??? bila ramadhan datang bwu kita nak makan.. apa pesyen la umat zaman sekarang niehh... hampeh sumenyer...



so napa nabi makan kurma atau tamar nieh??? omputih dah wat kajian tentang buah yang dasyat nie... rupa-rupanya kurma nie kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium. mak ooiii... hebat giler... Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : “Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan“. nampak sangat Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah karena mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.

yang kedua plak, Madu... ada apa ngan madu???  Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat, mengubati cirit birit dengan dibancuh menggunakan air panas, membuka selera, menguatkan perut serta membuang kahak.. senang cakap makanan yang paling perfect la...kan???

nak tau ag kehebatan madu nieh... Nabi S.A.W. pernah bersabda: “Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi,”.
hebat tak???

Third, Minyak Zaitun... mak ooi... sebut jew pasal minyak zaitun ni kan.. restoran-restoran omputih selalu letakkan minyak nie.. nampak sangat minyak ni memang dasyat...kehebatan minyak zaitun nie kan dia bley dijadikan rawatan kulit dan rambut, melambatkan penuaan, merawat radang perut. perghh... Interesting ek??

Untuk yang keempat plak, Anggur yang nabi suka... Anggur ni kalo kita makan terus atau dijadikan jus sangat baik untuk kebersihan dan kelicinan kulit, juga boleh membantu menjadikan awet muda. Anggur mengandungi gula buah, karotene, vitamin C dan vitamin B.  Makan anggur dengan kerap boleh membantu membaiki penglihatan mata, memperelok sistem penghadaman dan mencegah asid urik lantas menjadikan organ hati bebas daripada toksin. tak yah nak makan gavinscon ke innershine ke...hahaha... nak makan pon takpe...hehehe...



Yang ke5, barli... barli nie bagos kot... barli ni bagos ntok korang, dia dapat mencegah dan mengurangkan risiko sembelit, cegah kanser, kurang kadar kolestrol, sejukan badan, kurang risk untuk diabetis... tak larat dah aku nak citer...

6 plak... Delima... fuhhh... buah nie lagi dasyat dari buah naga...ekeke... antara kelebihan buah nie ialah buah nie dapat mengatasi masalh cirit birit, mengubati sesak nafas, meredakan gatal tekak, cegah diabetis, cuci perut, usus n banyak lagi la...


Tembikai pon makanan nabi gak... tembikai memang sedap kan?? aku suka tembekai...hehehe... watermelon nie or buah tembikai merah merupakan sumber tinggi carotenoid : lycopene, sejenis bahan antioksiden bersifat anti-kanser. Bahan ini menghalang penyakit kanser seperti prostat, payudara, endometrial, peparu dan usus (colorectal). Buah tembikai yang tinggi antioksiden ini juga kaya dengan vitamin A, C dan B (asid folik), magnesium, zink dan pelbagai jenis galian lain daripada bahan yang dikenali sebagai beta-karotene.
Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
Nombor 8 plak buah tin.. Antara khasiat buah tin termasuklah menyingkirkan keracunan (toksin), mencairkan tekak, mengurangkan batuk yang berpanjangan lantas melapangkan dada. Ia juga berfungsi untuk membersihkan hati (kidney) dan jantung dan membersihkan lendir dalam usus. Buah tin sangat bermanfaat kepada pesakit buasir, dimana ia dapat membantu mengurangkan bengkak pada buasir dan seterusnya mengecutkannya. Buah tin juga membantu melawaskan kencing dan merawat sakit-sakit badan. Selain dari itu buah tin dipercayai dapat menyembuhkan penyakit bengkak telinga dan mempercepatkan pertumbuhan gigi bagi kanak-kanak. so pegi ar beli buah tin cepat-cepat...

Susu minuman yang nabi suka... susu ni penting untuk kita kerana

  • Mengelakkan osteoporosis + hipertensi + kanser kolon. Kita tidak akan mendapat vitamin tambahan + kalsium tanpa meminum susu
  • Meminum susu juga boleh melindungi kita dari kerosakan gigi + masalah kaviti. Kita harus memberi jaminan kepada anak2 tentang kerosakan gigi dengan menawarkan mereka segelas susu coklat. Tidak ada rekod kerosakan gigi kerana minum susu dengan perisa coklat
  • Lemak susu tidak memberi apa2 kesan kepada kegemukan sebaliknya terbukti bahawa mereka yang kerap minum susu menjadikan badan lebih langsing daripada mereka yang tidak mengambilnya. Susu memberikan kita banyak vitamin dan mineral untuk memastikan sentiasa sihat dan cergas
  • Susu adalah anti-asid yang sangat baik. Minum segelas susu apabila mengalami pedih ulu hati boleh menenangkan paip makanan dari keradangan. Minum susu tetap akan mencegah ulser perut dan masalah perut yang lain
  • Minum banyak susu dapat menghasilkan kekuatan pada tulang + gigi + kuku + rambut, kerana ia sarat dengan kalsium yang membantu badan menjadi kuat dan fleksibel
  • Susu boleh menjadi pembuka baik perut terutama jika lewat makan. Meminum susu juga boleh bertindak sebagai perangsang yang awal
  • Meminum segelas susu panas sebelum tidur dapat menenangkan saraf dan melonggarkan otot2 tegang supaya dapat memberi tidur yang lebih cepat. Cara ini dapat membantu selepas seharian penat bekerja
  • Minum susu boleh menyejukkan badan dan mengekalkan tahap air atau cecair dalam badan kita. Penggunaan susu selepas latihan berat badan boleh mengisi sistem dengan cecair badan yang hilang semasa senaman
  • Secara drastik susu juga dapat mengurangkan gejala PMS (Pre-Menstrual Syndrome) kerana ia merupakan pelega atau penenang tekanan yang hebat dan juga meningkatkan tahap tenaga dalam kita
  • Susu penuh dengan nutrien. Badan kita memerlukan nutiren untuk beroperasi dengan betul. Ia mengandungi vitamin (untuk sel-sel darah merah) + kalsium (untuk tulang yang kuat) + karbohidrat (tenaga) + magnesium (untuk lentur otot) + fosforus (untuk mengambil kesempatan tenaga) + kalium (baik untuk sistem saraf) + protein (untuk proses pertumbuhan dan penyembuhan) + riboflavin (untuk kulit sihat dan berseri) + zink (untuk meningkatkan sistem imun)
Seterusnya, cendawan..Baik untuk mata, perancang keluarga



Last sekali Air kosong... better air zam zam la...Jika dahaga hendaklah disedut atau diminum perlahan-lahan. Jangan diteguk berterusan kerana ia mendatangkan potensi dihinggapi penyakit pada hati. khasiat si air kosong nie kan, Menguruskan badan, Meningkatkan kesuburan, Melancarkan sistem pencernaan, Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser, Perawatan kecantikan, Tubuh lebih segar dan sihat, Menyihatkan jantung, Ubat kepada penyakit strok n banyak lagi...




setakat nie la dulu key...

papepon, thankz la koz korang sudi baca entry aku nieh...

No comments:

Post a Comment

adverlets

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

~EBOOK~ ~Gambar Terbaik ~Gambar Terbaik~ ~internet~ ~Kisah Hidupku~ 100 Cermin 20 sen Afrika Aids Air kencing AK47 Alat Pelik AlatBoneka Alligator Anak Artis artist asia Awesome babi Badak Air Bakal Ditunda Barang Benua Ais Cair Berita Berkahwin BEruk Binatang Bintang Black Friday ? Bocor Bogel bola Bollywood Bomoh Alim Brazil Buat Duit Buaya Bunuh Bunuh Diri Burger Cantik China Comel Costume Cun Disember Domino DOWNLOAD Dunia Eropah Facebook Faizal Ismail Fakta fam FIFA Filem Filem Lucah FLASH Gadis Gajah Gaji Pertama Gambar Bodoh gedik Gempar GerGasi Gila2 Global Gua haiwan Halloween Harga Hero hibran hiburan Hilang Hiv Ikan Indonesia informasi IS isteri Jalanan Jambatan Janda 13 Tahun Jepun jerebu Johan Johan Dan Zizan JPJ Jpn Jual Dara Kambing Kantoi Kebakaran Kecantikan kejam Kek kahwin Kekasih Kemalangan Kembar Korea Kenaikan Kenderaan Kenyataan Kereta 12 Tahun kereta Api Kesha KESIHATAN Komik Korban korea kosmo Kostum Lakaran landak Laptop lawak Lelaki Lemas longkang Luar Negara Lucah Mafia Majalah Gq Malapetaka Malaysia Manga Mangsa Mayat Membaca menarik Metro Mig Minyak Wangi Mirip Miss Miss Universe MLM Model Sensasi Mohon Maaf muay thai Muda muslim Nafsu Serakah Negara Ngeri Nikah ninja saga Oven Padah ingkar Pakaian Paku Jalan Raya Pangsapuri Pasangan Patung Seks pelacut Pelakon PELIK pembedahan Plastik Penagih Dadah penawar pengemis Pengkianat Negara Penjagaan Bayi Penyampai Tv Perempuan Perkahwinan Polis politik popular Ps4 Rahsia Rakan Ratu Thailand Real Doll reality Remaja Renang Resipi Rompakan Runtuh Sarang Sebenar Sejarah Selamat selebriti semasa Seni Separuh Bogel Seram Serang Sewa Siasat software Spm Stor Terbakar suami Tauladan tempatan Terbaru Tergergaji kantung zakar sendiri Tertinggi Thailand timpa Tips Tiruan TOP 10 Trak trends tutorial Typography Video Video Game Vietnam Villa Walnut Wang Wanita Warga Asing