BEIJING 19 April - China bakal menghantar kapal pengangkut pesawat pertamanya, Liaoning untuk belayar buat pertama kalinya pada tahun ini.
Agensi berita Xinhua hari ini melaporkan, kapal pengangkut pesawat yang dibeli dari Ukraine itu telah menjalani lebih 100 latihan dan pelbagai uji kaji sejak ia mula berkhidmat pada tahun lalu.
Biarpun dianggap 'ketinggalan' berbanding kapal-kapal pengangkut pesawat tentera Amerika Syarikat (AS), Liaoning disifatkan sebagai simbol kesetiaan dan kekuatan pasukan tentera laut negara ini.
Destinasi dan tempoh pelayaran kapal pengangkut pesawat itu bagaimanapun tidak dinyatakan.
Kapal pengangkut itu juga dilihat sebagai satu daripada pembangunan ketenteraan China yang paling menyerlah, termasuk ujian penerbangan dua prototaip jet tempur halimunan yang dipercayai mampu mendarat di atas kapal tersebut.
Pada tahun lalu, China memperkenalkan helikopter perang pertamanya dan beberapa pesawat tanpa pemandu (drone) yang dibina untuk tujuan eksport. - REUTERS
No comments:
Post a Comment