Siapakah mereka? Mereka bukan artis yang punya bakat lakonan atau nyanyian, dan ramai yang mempersoalkan kenapa mereka juga boleh jadi popular.
Di sini kami senaraikan lapan nama yang telah dipilih oleh para penonton televisyen Amerika sebagai ikon selebriti yang menjengkelkan:
Michael Lohan
Sejak dari awal lagi, tidak ada apa-apa yang baik boleh dikatakan tentang bapa Lindsay Lohan ini. Dia pernah memiliki anak melalui hubungan sulitnya dengan ahli terapi urut ketika berpisah seketika dengan isterinya, kemudian bercerai pada tahun 2005, pernah disiasat kerana jenayah perdagangan manusia dan pernah disabitkan atas kesalahan menghina mahkamah.
Dia juga melanggar tempoh percubaan untuk melawat anaknya Lindsay di hospital. Jadi tidak hairanlah apabila Lindsay juga sedikit sebanyak mewarisi tabiat yang sama.
Scott Disick
Sehingga kini, tiada siapa benar-benar tahu apakah bidang pekerjaan Scott Disick kecuali menjadi teman lelaki Kourtney Kardashian dan menjadi bapa kepada dua orang anak bintang realiti itu.
Selain daripada dibayar untuk menunjukkan mukanya di kelab-kelab malam, dan sesekali dilihat ke pejabat dalam "Keeping it Up with the Kardashians", punca rezeki Scott sebagai seorang individu yang tidak terlibat dengan seorang wanita Kardashian masih menjadi satu misteri.
Kris Jenner
Selepas Kris, muncullah trend para momager lain, seperti Dina Lohan (ibu Lindsay Lohan) dan Krista Keller (ibu Courtney Stodden) yang juga mahu mengeksploitasi anak sendiri, dalam masa yang sama menggunakan peluang tersebut untuk mendapat lebih pendedahan buat diri sendiri.
Jon Gosselin
Semuanya berubah apabila mereka bercerai dan Jon mula menghabiskan masanya bersama ramai wanita lain di kelab-kelab malam, selain mempergunakan popularitinya untuk menjana wang tambahan. Tiba-tiba si suami yang pendiam menjadi kasanova tak guna yang dibenci semua orang.
Dane Cook
Oh, jangan salah sangka. Dia bukan dibenci kerana rupa parasnya. Dia dibenci kerana seringkali dikatakan telah mencuri idea pelawak lain – satu "jenayah berat" dalam industri komedi Amerika.
Spencer Pratt
Banyak sebab untuk Spencer Pratt dibenci oleh orang ramai. Dia seorang yang suka membangga diri, membuat komen-komen yang menyakitkan hati dan masih dibayar dan dilayan seperti selebriti hanya kerana pernah menjadi bintang realiti.
Kemudian dia cuba pula menjadi "born again Christian" dalam pertandingan realiti "I'm a Celebrity, Get Me Out of Here" dan berpura-pura alim, menambahkan rasa menyampah sesiapa yang melihatnya.
Nadya Suleman (Octomom)
Memburukkan lagi keadaan apabila Nadya mengeluarkan kenyataan bahawa dia menyesal kerana melahirkan anak seramai itu, kemudian memilih untuk bergambar separa bogel dan menyertai beberapa siri realiti yang bertaraf rendah untuk menyara hidupnya.
Mike "The Situation" Sorrentino
Namun jika ada seorang yang paling menjengkelkan semua orang, insan tersebut adalah Mike Sorrentino, atau lebih dikenali dengan gelaran "The Situation" (sila muntah di sini). Tanpa sebarang bakat yang jelas, Sorrentino masih berjaya mengumpul sebanyak lima juta dolar melalui iklan dan kemunculan rasminya pada tahun 2010, kurang sedikit dari Kim Kardashian.
Dia pernah melancarkan buku, tetapi hanya terjual sebanyak 12,000 salinan. Dia menyertai "Dancing with the Stars" dan terkeluar pada minggu keempat. Dia menyertai "Comedy Central Roast of Donald Trump", tetapi kena boo dengan semua orang. Sekalipun dengan semua itu, Sorrentino masih teguh menjadi selebriti tanpa sebab.
No comments:
Post a Comment