Sebuah syarikat produksi telah menuntut ganti-rugi terhadap dramatis popular, Rita Rudaini selepas dia mengambil keputusan untuk berhenti daripada terus berlakon dengan produksi tersebut yang didakwa tidak profesional.
Rita yang sempat menjalani penggambaran selama empat hari daripada keseluruhan penggambaran yang dijadualkan tamat pada Julai depan dalam drama 40 episod itu.
"Ada beberapa masalah di set yang saya tak boleh biarkan. Misalnya dari segi costume yang tak sesuai dan beberapa perkara lain. Bukan saya saja yang perasaan tentang perkara itu, malah pelakon lain yang terlibat juga merasakan perkara yang sama.
"Jadi saya sendiri pergi berjumpa dengan pihak produksi, berbincang dan menyatakan ketidak puasan hati saya terhadap cara mereka bekerja yang boleh dianggap tidak profesional. Mereka tak mahu berubah sebaliknya seolah-olah memberi memberi kata dua kepada saya. Mereka provok saya sehingga saya buat keputusan untuk berhenti berlakon dengan mereka pada 26 Februari lalu.
"Alih-alih, pada bulan ini saya dapat surat bertarikh 25 Mac daripada produksi berkenaan. Mereka menuntut ganti-rugi yang mencecah hampir RM100 ribu. Sudahlah itu, mereka minta saya bayar secepat mungkin. Difahamkan tuntutan ganti rugi itu adalah kos bagi penggambaran semula (re-shoot) yang hendak dijalankan oleh mereka memandangkan saya dah tarik diri. Bagi saya, tuntutan mereka itu tidak masuk akal. Kerana tuntutan itu lebih daripada 40% wang pendahuluan. Dan memang saya nak pulangkan pun wang pendahuluan yang telah saya ambil dahulu," ujar Rita kepadaMalaysia Digest.
Menurut Rita, ini merupakan kali pertama dia mengalami situasi sebegini kerana sebelum ini dia pernah buat hal dengan mana-mana produksi.
Tambah Rita, dia serik untuk bekerja dengan produksi tersebut pada masa datang.
Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan dan Perundangan Seniman, Zahrin Ishak akan menyiasat perkara tersebut dengan lebih lanjut, dan akan mengadakan satu perjumpaan khas antara Rita dan pihak produksi untuk berbincang bagi menjernihkan keadaan.
No comments:
Post a Comment