fakta pelik dan menarik 3
- Dubuk adalah satu-satunya binatang yang boleh ketawa macam manusia.
- Zirafah boleh melihat ke belakang tanpa menolehkan kepalanya. Bagaimanapun, ia tidak boleh mengeluarkan bunyi yang jelas biarpun lidahnya panjang.
- Unta tidak tahu berenang, ia akan lemas kalau terjatuh ke dalam air.
- Kucing mengesan arah jalannya menggunakan misai.
- Burung reng boleh terbang setinggi 9,144 meter (30,000 kaki).
- Istimewanya semut, serangga itu akan pergi ke tempat yang jauh, yang tidak pernah dijejakinya. Tapi boleh pulang semula ke tempat asalnya dengan membawa makanan untuk semut-semut lain.
- Paus biru, haiwan terbesar di dunia yang boleh mencapai berat 304,815 kilogram (300 tan) sama berat dengan 24 ekor gajah, 92 ekor kuda, 150 ekor sapi dan 450 ekor singa!.
- Helang boleh terbang selaju 99 kilometer sejam (km/j) manakala merpati pula selaju 62 km/j.
- Main piano selama 40 tahun.
Selepas menyudahkan persembahannya, pemuzik dan pengubah lagu terkenal, Beethoven dikelilingi oleh para peminatnya. mereka berebut-rebut mengucapkan tahniah, melahirkan rasa kagum di atas kemerduan lagu ciptaannya. Tidak kurang juga yang meminta tandatangan serta memberi hadiah.
"Alangkah bagusnya kalau Tuhan kurniakan saya dengan kebolehan macam tuan," kata seorang wanita pada Beethoven.
Pemuzik itu membalas, "Awak kata kebolehan saya bermain muzik adalah anugerah Tuhan. Betul tu, tapi ingat, awak juga boleh dianugerahkan dengan kebolehan tersebut. Dengan syarat, berlatih main piano lapan jam sehari selama 40 tahun. Itu sudah memadai untuk jadi macam saya."
No comments:
Post a Comment