Click This pages

Sumbangan ikhlas

Monday, January 24, 2011

Sendawa lembu antara punca pemanasan global


Saintis cari alternatif kurangkan pelepasan gas rumah hijau


LONDON: Di sebalik usaha bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore, menganjurkan konsert Live Earth untuk meningkatkan kesedaran mengenai pemanasan global, saintis menemui cara jauh lebih mudah dan murah bagi tujuan sama iaitu membuatkan lembu kurang sendawa.

Menggunakan kaedah moden tanaman ternakan untuk mencari diet baru lembu bagi mengurangkan haiwan itu sendawa adalah cara mengurangkan pelepasan gas rumah hijau yang meningkatkan pemanasan global, kata saintis.

Keutamaannya ialah mencipta pelbagai makanan baru yang mudah dihadam oleh haiwan berkenaan dan juga membekalkan keseimbangan sempurna serat, protein dan gula,” kata saintis di Institut Penyelidikan Padang Rumput dan Alam Sekitar beribu pejabat di United Kingdom, Michael Abberton.

Ia mungkin membuka penyelesaian berasaskan tanaman sebagai alternatif kepada mengurangkan bekalan ketika penternak mencari jalan untuk mengurangkan pelepasan gas metana di tengah-tengah suhu panas, katanya dalam taklimat mengenai penternakan dan perubahan suhu diPusat Sains Media di London.

Dia menyatakan secara purata sendawa lembu tenusu mengeluarkan 100 hingga 200 liter gas metana setiap hari, menjadikan perubahan cara pemakanan sebagai faktor kunci utama dalam mengurangkan gas rumah hijau.

Terdapat salah faham biasa mengenai bagaimana gas metana terlepas ke atmosfera. Ia sebenarnya menerusi sendawa,” katanya.

Pertanian bertanggungjawab ke atas kira-kira tujuh peratus daripada pelepasan gas rumah hijau Britain. Gas rumah hijau secara meluas dipersalahkan kerana menyebabkan pemanasan global.

Saintis berkata, suhu purata akan meningkat antara dua dan enam darjah Celsius menjelang akhir abad ini, menyebabkan kemarau, banjir dan ribut ganas.

Abberton berkata, memperkenalkan kekacang mudah dihadam yang cenderung mengurangkan pelepasan gas metana ialah contoh pendekatan yang mula hendak diteroka saintis.

Kebolehan penternak menyeimbangkan pengambilan kekacang oleh lembu dengan makanan lain dan memberikannya spesies rumput lain yang lebih mudah dihadam boleh mengurangkan haiwan itu sendawa.

Apa yang saya katakan ialah terdapat cara dalam pembiakan tanaman yang dapat mengurangkan pelepasan gas,” katanya. – Reuters


No comments:

Post a Comment

adverlets

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

~EBOOK~ ~Gambar Terbaik ~Gambar Terbaik~ ~internet~ ~Kisah Hidupku~ 100 Cermin 20 sen Afrika Aids Air kencing AK47 Alat Pelik AlatBoneka Alligator Anak Artis artist asia Awesome babi Badak Air Bakal Ditunda Barang Benua Ais Cair Berita Berkahwin BEruk Binatang Bintang Black Friday ? Bocor Bogel bola Bollywood Bomoh Alim Brazil Buat Duit Buaya Bunuh Bunuh Diri Burger Cantik China Comel Costume Cun Disember Domino DOWNLOAD Dunia Eropah Facebook Faizal Ismail Fakta fam FIFA Filem Filem Lucah FLASH Gadis Gajah Gaji Pertama Gambar Bodoh gedik Gempar GerGasi Gila2 Global Gua haiwan Halloween Harga Hero hibran hiburan Hilang Hiv Ikan Indonesia informasi IS isteri Jalanan Jambatan Janda 13 Tahun Jepun jerebu Johan Johan Dan Zizan JPJ Jpn Jual Dara Kambing Kantoi Kebakaran Kecantikan kejam Kek kahwin Kekasih Kemalangan Kembar Korea Kenaikan Kenderaan Kenyataan Kereta 12 Tahun kereta Api Kesha KESIHATAN Komik Korban korea kosmo Kostum Lakaran landak Laptop lawak Lelaki Lemas longkang Luar Negara Lucah Mafia Majalah Gq Malapetaka Malaysia Manga Mangsa Mayat Membaca menarik Metro Mig Minyak Wangi Mirip Miss Miss Universe MLM Model Sensasi Mohon Maaf muay thai Muda muslim Nafsu Serakah Negara Ngeri Nikah ninja saga Oven Padah ingkar Pakaian Paku Jalan Raya Pangsapuri Pasangan Patung Seks pelacut Pelakon PELIK pembedahan Plastik Penagih Dadah penawar pengemis Pengkianat Negara Penjagaan Bayi Penyampai Tv Perempuan Perkahwinan Polis politik popular Ps4 Rahsia Rakan Ratu Thailand Real Doll reality Remaja Renang Resipi Rompakan Runtuh Sarang Sebenar Sejarah Selamat selebriti semasa Seni Separuh Bogel Seram Serang Sewa Siasat software Spm Stor Terbakar suami Tauladan tempatan Terbaru Tergergaji kantung zakar sendiri Tertinggi Thailand timpa Tips Tiruan TOP 10 Trak trends tutorial Typography Video Video Game Vietnam Villa Walnut Wang Wanita Warga Asing