MALAYSIA tiada pilihan selain menang ke atas Indonesia malam ini, andai mahu meneruskan kemaraan ke pusingan separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012.
Tidak kira apa juga keputusan 1-0, 2-1 atau 3-2, tiga mata harus diraih Harimau Malaya bagi mengelak aib di kandang sendiri.
Selaku juara bertahan, tekanan pasti terarah kepada anak buah Datuk K Rajagobal namun skuad Garuda pimpinan jurulatih Nil Maizar juga merasai bebanan sama.
Garuda tidak boleh kalah, namun seri sudah memadai buat pasukan itu melangkah ke fasa berikutnya.
Malaysia pula tidak boleh seri. Jika seri, dan Singapura juga melakar keputusan sama pada pertemuan lawan Laos di Shah Alam, bermakna negara sudah boleh ucap selamat tinggal pada kejohanan kali ini.
Sekiranya Laos kalahkan Singapura (mustahil), keputusan seri juga sudah memadai buat Malaysia andai keputusan di Shah Alam berakhir 1-0.
Justeru, pemain negara harus menggunakan peluang beraksi di laman sendiri sebaik mungkin bagi mematahkan kemaraan Garuda.
Mengulas keupayaan Indonesia, skuad kali ini bagaikan 'kurang masak' meskipun dibarisi tiga pemain naturalisasi.
Buktinya, mereka berhempas pulas ketika bangkit mengikat Laos (2-2) pada perlawanan pertama dan menang 1-0 ketika berdepan Singapura yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain, Rabu lalu.
Paling ketara, bahagian pertahan mereka kelihatan pincang dan situasi ini harus digunakan Safee dan rakan-rakan untuk memburu jaringan

Rekod pertemuan MALAYSIAIndonesia di Piala AFF/Piala Tiger
Separuh akhir 1996: MALAYSIA 3-1 Indonesia
Separuh akhir 2002: Indonesia 1-0 MALAYSIA
Separuh akhir 1 (2004): Indonesia 1-2 MALAYSIA
Separuh akhir 2 (2004): MALAYSIA: 1-4 Indonesia
Peringkat kumpulan 2010: Indonesia 1-5 MALAYSIA
Final 1 (2010): MALAYSIA 3-0 Indonesia
Final 2 (2010): Indonesia 2-1 MALAYSIA

No comments:
Post a Comment