PENYERANG Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo mahu rakan sepasukan
merantai pergerakan dua tonggak Indonesia, Elie Aiboy dan Andik Vermansyahmenjelang
Elie Aiboy
Andik Vermansyah
pertembungan terakhir Kumpulan B di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.Katanya, dua pemain tersebut dilihat mampu mengundang bahaya buat pasukan negara sekiranya diberi terlalu banyak ruang bergerak.
“Elie dan Andik, kedua-dua pemain ini perlu diberi perhatian khusus oleh barisan pemain kita jika mahu menang pada malam esok (malam ini).
"Kedua-duanya memiliki larian pantas dan sering mengetuai serangan balas," katanya.
Dalam pada itu, Mat Yo menyangkal dakwaan pemain negara tertekan kerana perlawanan malam nanti merupakan misi hidup dan mati skuad kebangsaan,Sebaliknya, beliau dan rakan sepasukan menegaskan bahawa mereka tidak gentar dengan pasukan lawan dan berjanji akan berjuang bermati-matian demi negara.
“Kami tidak gentar ataupun tertekan. Apa yang harus kami lakukan adalah pamerkan prestasi terbaik,” katanya.
ayuh harimau malaya.
ReplyDelete