SYDNEY - Sebuah majalah wanita di Australia semalam mempertahankan keputusannya untuk menyiarkan gambar isteri kepada Putera William, Kate Middleton yang memakai bikini biru ketika beliau hamil.
Menurut editorial majalah Woman's Day, ia merupakan gambar yang cantik dan bakal diterbitkan dalam edisi baharu majalah berkenaan.
Gambar tersebut dirakam ketika Kate, 31, dan William, 31, bercuti di Pulau Mustique, Caribbean.
William merupakan pewaris kedua takhta Britain selepas ayahandanya, Putera Charles.
Majalah Australia itu mengikut langkah majalah Itali, Chi yang turut menyiarkan gambar peribadi Kate sehingga mendapatkan kritikan daripada istana England.
Editor Woman's Day, Fiona Connolly berkata, beberapa gambar menunjukkan Kate kelihatan gembira.
William yang merupakan cucu kepada pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II dijangka menimang cahaya mata pertama pada Julai depan.
- Agensi
kosmo
No comments:
Post a Comment