Video itu dimuat turun dalam laman perkongsian video YouTube semalam, dua minggu selepas penyiaran sebuah lagi video yang menunjukkan bandar raya New York musnah dalam kebakaran akibat serangan peluru berpandu.
Kedua-dua video tersebut dimuat turun oleh laman web rasmi Korea Utara, Uriminzokkiri yang turut menyiarkan berita dan propaganda media negara.
Penyiaran video itu juga disertakan dengan beberapa siri keterangan berbahasa Korea yang menyatakan bahawa Korea Utara dipaksa oleh AS untuk melancarkan ujian nuklear terbaharunya.
Satu daripada keterangan itu berbunyi 'boleh dikatakan AS menyuruh Korea Utara menjalankan ujian nuklear'.
Video tersebut menunjukkan imej Obama melambai-lambai berserta latar belakang kebakaran dan diakhiri dengan animasi bom nuklear meletup di kubu bawah tanah dengan mesej 'seluruh dunia sedang memerhatikan anda. AS perlu menjawab semua soalan'.
Video propaganda yang disiarkan terdahulu terpaksa ditarik semula selepas paparannya menunjukkan bandar raya New York terbakar menggunakan latar belakang daripada permainan video Call of Duty.
Hal ini kerana pembuat permainan video tersebut memfailkan tuntutan saman hak cipta. - AFP
No comments:
Post a Comment