FOBIA atau ketakutan melampau terhadap ular disebabkan oleh didikan sejak kecil ibu bapa supaya takutkan haiwan reptilia itu.
Lama-kelamaan ia membentuk perasaan takut yang dibina dalam diri sama seperti masyarakat Melayu berasa gerun pada anjing.
"Tetapi, ia sebenarnya sangat baik juga kerana perasaan takut itu dapat menghindarkan manusia daripada mendekati ular yang terdapat beberapa jenis memiliki racun berbisa," kata Timbalan Pengarah Zoo Negara, Dr. Muhamad Danial Felix, 46, ketika ditemui di pejabatnya di Hulu Klang, Selangor.
Secara amnya, haiwan liar tidak akan mendekati manusia dan akan lari, tetapi terdapat beberapa sebab tertentu menyaksikan ular terpaksa bertembung dengan manusia.
Terang Muhamad Danial, barangkali terdapat sarang telur di persekitaran atau kerana bersalin kulit yang menyebabkan ia mudah marah.
Haiwan liar mempunyai naluri yang memerlukan ia berasa berada dalam zon selesa. Hidupan itu akan mempertahankan diri kerana terancam apabila musuh masuk ke dalam lingkungan itu.
"Contohnya, ular senduk. Ia akan mengembangkan kepalanya apabila didekati tetapi menguncup kembali selepas musuh berundur ke belakang," ujar Muhamad Danial.
Sempena Tahun Ular yang disambut pada tahun ini, pihak Zoo Negara merancang untuk mengadakan sebuah program pendidikan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai jenis-jenis ular.
Setiap bulan, sejenis ular akan diperkenalkan termasuk jenis berbisa atau tidak, habitat, dan keluarga selain ciri-ciri fizikal.
Salah faham terhadap luar bukan sahaja melibatkan haiwan itu sendiri tetapi turut berlaku dalam kalangan masyarakat Cina terhadap tahun ular air.
Itu berlaku kerana dalam ular mempunyai unsur api, manakala giliran lima elemen pada tahun ini ialah air. Dalam susunan kitaran lima elemen, terdapat kitaran peningkatan dan membinasakan bergantung pada unsur yang dipasangkan.
"Unsur api dan air menyebabkan kitaran pembinasaan berlaku sekali gus ramai yang menyangka tahun ini pasti tidak membawa tuah.
"Sebenarnya, itu tidak benar dan hanya berdasarkan penilaian yang sangat cetek," kata penyelidik geomantik, Kenny Hoo, 47, ketika ditemui di pejabatnya di Wisma BU8, Petaling Jaya, Selangor. Secara perlambangan, air akan memadamkan api.
Mengikut feng shui
Zodiak haiwan digunakan bagi memudahkan golongan petani pada zaman dahulu di Tanah Besar China supaya dapat memahami tahun, masa dan musim.
Terang Kenny lagi, bacaan atau ramalan seharusnya dibuat analisis berdasarkan Ba Zi dengan menggunakan kedua-dua kalendar Lunar dan Hsia.
Dakwanya, tahun ini merupakan waktu yang baik dan dipanggil Tahun Pembetulan. Secara amnya, Tahun Ular amat baik bagi individu yang lahir pada tahun lembu, ayam dan monyet, manakala yang lahir pada tahun babi serta ular barangkali berhadapan situasi yang agak sukar.
Mereka yang lahir pada kedua-dua tahun itu dinasihat untuk pergi mencuci gigi atau menderma darah, ujar Kenny. Bagaimanapun, perkara tersebut masih lagi bergantung kepada individu dengan melihat Ba Zi tarikh kelahiran.
Satu lagi salah faham yang berlaku ialah perbezaan tarikh tahun baru Cina antara kalendar Lunar dan Hsia yang dikenali 'tahun buta'.
Ia menyebabkan timbul pemahaman bahawa semua perkara seperti perkahwinan, bertukar karier, membeli rumah atau apa-apa sahaja tidak boleh dilakukan sepanjang tahun ini.
"Tahun buta sebenarnya merupakan sebuah fenomena alam biasa yang berlaku dalam sistem cakerawala dan tidak memberi kesan," terangnya lagi.
Kenny yang telah 14 tahun terlibat dalam perniagaan itu sejak 2000 menyaksikan Amber Chia, Dulux, AIA, Andaman Group, PKNS dan OCBC Bank pernah menjadi antara pelanggannya.
Katanya, terdapat tiga tahap dalam feng shui iaitu peringkat tertinggi membolehkan seorang individu membantu orang lain sekali gus memajukan masyarakat di persekitarannya.
"Peringkat kedua membolehkan seseorang itu mendapat anak yang pandai dan berguna, manakala feng shui terendah hanya mampu menjana duit pada diri individu itu sendiri," luah Kenny
kosmo
Excellent weblog here! Additionally your web site rather a lot up fast!
ReplyDeleteWhat host are you the usage of? Can I am getting your
associate link on your host? I desire my website loaded up as quickly as yours lol
Also visit my homepage buying a car
Here is my weblog ; buying a car with bad credit,buy a car with bad credit,how to buy a car with bad credit,buying a car,buy a car,how to buy a car