SEHINGGA kini, watak Ayu yang mulutnya
perlu ‘ditutup’ dengan wang 20 sen agar tidak membuka rahsia percintaan
di antara Sudin dan Zaiton di dalam filem Bujang Lapok terus diingati.
Tidak
ramai yang mengambil peduli siapa empunya diri, apatah lagi untuk
mengetahui nama sebenarnya, tetapi karakter Ayu tetap popular sehingga
gambar aksinya meminta 20 sen daripada Zaiton dan Sudin dimuat naik
secara meluas di laman sosial sebagai sebahagian daripada jenaka sewaktu
kenaikan harga minyak dalam jumlah yang sama baru-baru ini.
Mungkin
ramai yang tidak tahu, Ayu yang dahulunya nakal dan sering berseluar
pendek tanpa berbaju, kini sudah pun berusia 61 tahun dan sedang menanti
kelahiran cucunya yang kelima.
Seperkara
lagi yang tidak ramai pihak tahu, pemilik nama Sri Rahayu Sudarmaji itu
adalah anak kepada pengarah filem yang mempunyai hubungan cukup rapat
dengan P. Ramlee, S. Sudarmaji.
Menceritakan
detik bagaimana dia ditawarkan berlakon, Ayu berkata ketika berusia
empat tahun setengah, bapanya sebaik sahaja pulang dari studio
memberitahu yang P. Ramlee mahu mengambilnya berlakon.
“Disebabkan
saya menganggap semua yang bekerja di Jalan Ampas termasuk jurusolek
terdiri daripada pak cik dan mak cik kawan bapa, saya tidak takut dan
terus memberi persetujuan.
“Adegan
pertama ketika P. Ramlee membelanja Rokiah dan 10 lagi adik-beradiknya
makan. Saya menjadi adik Rokiah dan melompat-lompat di atas meja makan
restoran tersebut.
“Hanya
selepas itu, rambut saya dipotong pendek seperti lelaki dan kemudian,
barulah adegan-adegan lain dilakonkan. Tiada masalah buat saya dengan
watak sebegitu kerana sewaktu kecil, saya memang tidak suka berbaju
seperti dalam filem itu," katanya.
Ayu
menambah, sewaktu adegan Sudin dan Zaiton berbincang di bawah sampan
mengenai perkahwinan mereka, beliau menghadapi kesukaran untuk
menuturkan dialog akibat mengantuk.
“Rakaman
dijalankan pada pukul 12 malam menyebabkan saya tidak dapat fokus.
Setelah berkali-kali gagal, P. Ramlee menghentikan rakaman untuk berehat
dan kami minum kopi ‘o’ (Minuman kegemaran P. Ramlee). Apabila habis
saja minum kopi, saya terus dapat melakukannya tanpa ada masalah,"
katanya.
Bagaimanapun
tugas Ayu sebenarnya tidak terhenti di situ. Beliau selepas itu perlu
menjalani proses ‘dubbing’ untuk memasukkan suara.
“Saya
duduk berdua dengan ayah di bilik rakaman itu. Apabila sampai adegan
yang memerlukan saya bersuara, ayah akan menepuk di bahagian belakang
badan sebagai isyarat supaya saya bercakap, sama seperti yang dituturkan
ketika berlakon," katanya.
Sementara
itu, beliau mengakui tidak ramai daripada kenalannya tahu dirinya
adalah Ayu yang cukup menarik perhatian di dalam filem tersebut.
“Bekas
rakan sekerja tidak tahu, malah jiran pun sama. Jiran di sebelah rumah
ini pun hanya mengetahui tentang perkara itu setelah saya terserempak
dengan pelakon drama, Osman Zailani yang selalu datang ke rumahnya pada
setiap kali Ramadan," katanya yang kini menetap di Kuala Lumpur.
Assalamualaikum...
ReplyDeleteSudah lama terfikir akan identiti sebenar watak "Ayu"... Alhamdulilah.. sihat sejahtera "nenek Ayu" ni... :)
*************************
Teknik Rahsia Matematik
Kelas WordPress
Promosi bayar yuran kursus komputer dengan makanan