Sumbangan ikhlas
Sunday, December 01, 2013
Johan serius dengan Lana?
sumber dari mymetro
Tentu ada yang terkejut dengan perbezaan angka tajaan perkahwinan Rozita Che Wan atau Che Ta dan Zain Saidin apabila muka depan Metro Ahad minggu lalu paparkan jumlahnya RM1.21 juta tetapi sehari selepas itu (Isnin), jumlahnya dilaporkan menjadi RM13 juta.
Jauhnya beza? Difahamkan, segalanya berubah saat akhir menjelang sidang media pengumuman berita itu Isnin lalu apabila ada tajaan baru masuk dan ada pula yang naikkan nilai tajaan.
Begitulah hebatnya penangan Che Ta hingga semua pihak mahu ambil bahagian menjayakan majlis pernikahannya pada 11.12.13 diikuti majlis resepsi pada 13.12.13.
Che Ta bertuah kerana ada pihak berebut-rebut mahu taja majlisnya. Tidak perlulah menuding jari mengatakan macam-macam kepada Che Ta mahu pun media kerana semua pihak sedia dipergunakan dan menggunakan Che Ta.
Hakikatnya, nilai tajaan itu hanyalah angka semata-mata. Tajaan barang kemas bernilai RM10 juta hanyalah untuk dipakai Che Ta pada hari bersejarahnya, begitu juga baju digayakan, pelamin dan hiasan dewan serta makanan semuanya bukan boleh disimpan jadi harta. Begitu juga stesen TV yang sanggup keluar belanja besar untuk dapatkan hak eksklusif menyiarkan majlis perkahwinan itu, bukannya pasangan pengantin dapat apa-apa.
Itu semua trend dan masing-masing mahu ambil peluang. Situasi menang-menang kata orang kerana kedua pihak saling menggunakan dan dipergunakan.
Perang stesen penyiaran satu trend baru bermula ketika majlis perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza pada 2007 dan TV3 berjaya mendapat hak eksklusif itu. Bagaimanapun selepas itu, Astro sapu bersih majlis perkahwinan Mawi & Ekin, Lisa Surihani & Yusry dan Scha Al-Yahya & Awal Ashari.
Ada juga majlis kahwin artis tidak mendapat hak eksklusif tapi masih ada yang sedia taja majlis mereka hingga disebut-sebut nilainya cecah angka jutaan.
Jadi, mana-mana artis yang bercinta, bukan saja dikejar media untuk mendapatkan berita terkini mereka malah stesen televisyen juga awal-awal lagi berbincang untuk mendapatkan hak eksklusif majlis perkahwinan mereka.
Selepas ini siapa pula? Adakah pasangan Johan Asa'ari dan Lana Nordin yang menggemparkan masyarakat apabila secara terbuka mengakui memilih Lana sebagai bakal isteri dan akan melamar pelakon itu.
Apakah stesen televisyen juga berebut-rebut mahu taja majlis perkahwinan mereka nanti? Sudah tentu kerana pasangan ini ada nilai berita sensasi sebagaimana Che Ta. Nilai berita di sini diukur dari segi minat masyarakat untuk mengetahui cerita mereka. Makin diperkatakan, makin kuatlah nilai beritanya.
Dari awal lagi apabila Johan membuat pengakuan ini, sudah mengejutkan peminat hingga timbul persoalan seriuskah Johan mahu berkahwin dengan Lana? Ramai mempersoalkan pilihan Johan kerana latar keduanya ibarat langit dengan bumi.
Kalau diimbas kembali sejarah hubungan cinta Johan sebelum ini, pelakon Juvana ini memang sering dikaitkan dengan artis wanita bermula dengan Izreen Azminda kemudian Fasha Sandha, Nabila Huda dan Shila Amzah.
Apabila Johan memilih Lana, nama Shila turut dikaitkan kerana umum tahu Shila dan Johan rapat sebelum ini. Johan juga sebelum ini mengaku sukakan Shila dan keluarganya juga sukakan Shila.
Tiba-tiba Johan memilih Lana hingga mengundang simpati peminat pada Shila. Tapi ada juga yang mencemuh mengatakan Shila tergilakan Johan dan akhirnya ditinggalkan. Tambah menguatkan dakwaan itu apabila Shila mengeluarkan gambar-gambarnya bersama Johan di laman sosial Instagramnya.
Shila yang berada di Shanghai, China, menggunakan laman sosial Twitternya untuk menjawab segala komen peminat dan menjelaskan perkara sebenar.
Bagaimana agaknya perasaan ibu bapa Shila, Fauziah Sarman dan ND Lala menghadapi situasi ini selepas mereka diuji dengan hubungan Shila dan Sharnaaz Ahmad. Ibu Shila berada di Shanghai bersama Shila dan dijangka pulang dalam masa seminggu lagi. ND Lala sedia bertemu di Bangsar, Jumaat lalu selepas solat Jumaat untuk memberi kenyataan.
Katanya, dia menerima keputusan Johan mahu berkahwin dengan Lana dengan hati terbuka tetapi Shila tidak seharusnya dikaitkan dalam hal ini kerana apa yang berlaku selari dengan kata-kata Shila sebelum ini mengatakan mereka hanya bersahabat.
“Selagi tiada pertentangan agama dan adat, saya sebagai bapa tidak perlu masuk campur. Tapi apabila membabitkan andaian mengatakan Shila kecewa dengan keputusan Johan apabila mengeluarkan semua gambar-gambarnya dari laman sosial Instagram, saya rasa perlu tampil memberi penjelasan kerana cerita-cerita ini boleh menjejaskan nama Shila.
“Bagi saya, Shila melakukan tindakan sangat wajar. Apabila Johan membuat kenyataan hendak berkahwin dengan Lana Nordin, sewajarnya dia 'keluar' dan tidak lagi dikaitkan dengan Johan,” katanya.
ND Lala menafikan hubungan Shila dan Johan membabitkan keluarga kerana ibu bapa Johan tidak pernah berjumpa ibu bapa Shila untuk berbincang mengenai hubungan mereka.
Apa yang berlaku ialah ibu Shila dan ibu Johan berkawan baik dan selalu keluar bersama tetapi itu tidak bermakna hubungan Shila dan Johan melangkah setapak membabitkan keluarga.
“Kepada mereka yang tidak tahu apa sebenarnya berlaku kepada Shila dan keluarga kami, tidak perlu membuat andaian dan tuduhan melalui Twitter, Facebook, Instagram dan blog.
“Tindakan ini tidak membantu mana-mana pihak sebaliknya membawa kemudaratan kepada peribadi dan kerjaya Shila serta syarikat pengurusannya, Shila Amzah Entertainment Berhad dan pengurusannya di China,”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
adverlets
Label
~EBOOK~
~Gambar Terbaik
~Gambar Terbaik~
~internet~
~Kisah Hidupku~
100 Cermin
20 sen
Afrika
Aids
Air kencing
AK47
Alat Pelik
AlatBoneka
Alligator
Anak
Artis
artist
asia
Awesome
babi
Badak Air
Bakal Ditunda
Barang
Benua Ais Cair
Berita
Berkahwin
BEruk
Binatang
Bintang
Black Friday ?
Bocor
Bogel
bola
Bollywood
Bomoh Alim
Brazil
Buat Duit
Buaya
Bunuh
Bunuh Diri
Burger
Cantik
China
Comel
Costume
Cun
Disember
Domino
DOWNLOAD
Dunia
Eropah
Facebook
Faizal Ismail
Fakta
fam
FIFA
Filem
Filem Lucah
FLASH
Gadis
Gajah
Gaji Pertama
Gambar Bodoh
gedik
Gempar
GerGasi
Gila2
Global
Gua
haiwan
Halloween
Harga
Hero
hibran
hiburan
Hilang
Hiv
Ikan
Indonesia
informasi
IS
isteri
Jalanan
Jambatan
Janda 13 Tahun
Jepun
jerebu
Johan
Johan Dan Zizan
JPJ
Jpn
Jual Dara
Kambing
Kantoi
Kebakaran
Kecantikan
kejam
Kek kahwin
Kekasih
Kemalangan
Kembar Korea
Kenaikan
Kenderaan
Kenyataan
Kereta 12 Tahun
kereta Api
Kesha
KESIHATAN
Komik
Korban
korea
kosmo
Kostum
Lakaran
landak
Laptop
lawak
Lelaki
Lemas
longkang
Luar Negara
Lucah
Mafia
Majalah Gq
Malapetaka
Malaysia
Manga
Mangsa
Mayat
Membaca
menarik
Metro
Mig
Minyak Wangi
Mirip
Miss
Miss Universe
MLM
Model Sensasi
Mohon Maaf
muay thai
Muda
muslim
Nafsu Serakah
Negara
Ngeri
Nikah
ninja saga
Oven
Padah ingkar
Pakaian
Paku Jalan Raya
Pangsapuri
Pasangan
Patung Seks
pelacut
Pelakon
PELIK
pembedahan Plastik
Penagih Dadah
penawar
pengemis
Pengkianat Negara
Penjagaan Bayi
Penyampai Tv
Perempuan
Perkahwinan
Polis
politik
popular
Ps4
Rahsia
Rakan
Ratu Thailand
Real Doll
reality
Remaja
Renang
Resipi
Rompakan
Runtuh
Sarang
Sebenar
Sejarah
Selamat
selebriti
semasa
Seni
Separuh Bogel
Seram
Serang
Sewa
Siasat
software
Spm
Stor Terbakar
suami
Tauladan
tempatan
Terbaru
Tergergaji kantung zakar sendiri
Tertinggi
Thailand
timpa
Tips
Tiruan
TOP 10
Trak
trends
tutorial
Typography
Video
Video Game
Vietnam
Villa
Walnut
Wang
Wanita
Warga Asing
No comments:
Post a Comment