Click This pages

Sumbangan ikhlas

Sunday, December 01, 2013

Johan Musuhi Zizan?


KESERASIAN dan keakraban dua pelawak terkenal tanah air, Johan dan Zizan Razak, sememangnya diketahui umum sejak dahulu lagi.

Malah, dek kerana gandingan mereka yang cukup menjadi menerusi singkatan Jozan membuatkan keduanya mengecap tahap populariti yang cukup membanggakan.

Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini dapat dilihat kedua-dua bintang Raja Lawak ini lebih senang bergerak secara solo tanpa pasangan masing-masing sehingga timbul desas desus mengatakan kedua pelawak ini telah bergaduh dan membawa haluan masing-masing.

Namun, perkara itu segera dinafikan oleh Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim Muhammad Aziz.

“Kami bukan bergaduh, kami berselisih pendapat saja tetapi perkara itu berlaku hanyalah ketika kami dalam waktu bekerja.

“Perselisihan pendapat itu terjadi disebabkan waktu itu terdapat percanggahan idea di antara kami.

“Bagaimanapun, dengan perselisihan pendapat itulah yang memberikan kesan terbaik dalam persembahan kami dan perkara itu selesai setelah waktu bekerja tamat,” katanya pada media ketika ditemui selepas pelancaran drama bersiri kanak-kanak, Elly & Epit, baru-baru ini.

Johan yang ditemani isterinya, Ozlyn Wati memberitahu, kesibukan dengan aktiviti seni masing-masing menjadi punca mengapa mereka kini dilihat tidak bersama lagi.

“Dia sibuk dengan kerja dia dan saya sibuk dengan kerja saya. Walaupun begitu, kami saling menyokong di antara satu sama lain,” katanya.

Mengenai dakwaan bahawa ada pihak yang sengaja melaga-lagakannya dengan Zizan, Johan memberitahu dia tidak mampu untuk menghalang pihak berkenaan daripada bersuara.

"Semua orang ada hak untuk bersuara. Jadi, kita dengar saja. Jangan melenting atau melawan, sebaliknya hadapinya dengan tenang.

"Mungkin, kami pun dah tahu siapa punya angkara dan sebab musababnya pihak berkenaan berbuat demikian.

"Tapi, kami menganggapnya sebagai satu pembelajaran dan pengalaman apatah lagi kami juga masih baru dalam industri ini,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, dia tetap menghormati pihak berkenaan memandangkan dia adalah orang lama dalam industri seni.

Begitu pun, Johan memberitahu, dia menganggap segala apa yang terjadi adalah satu kritikan yang membina untuk membawa Jozan lebih maju ke hadapan.

“Terus terang saya cakap, saya malas nak layan gosip-gosip yang bersifat mengecam atau menghentam kerana ia langsung tidak membantu apa-apa.

"Lebih baik fokus pada kerjaya, cuma ia terpulang pada individu itu bagaimana nak mengatasinya.

“Tapi, apa yang penting, kami ambil iktibar daripada apa yang terjadi,” katanya.

Kejutan di AF2013

Lantaran hampir setahun tidak bertemu dengan rakan baiknya itu, Johan akhirnya membuat kejutan apabila muncul di pentas akhir konsert Akademi Fantasia 2013 (AF2013), baru-baru ini.

Ternyata, kejutan yang dilakukan oleh Johan itu benar-benar membuatkan Zizan berasa terharu.

"Sebenarnya, dua minggu sebelum finale AF2013, dia nak curi masa untuk berjumpa dengan saya di program Super Spontan, tetapi pihak produksi tidak melepaskannya.

"Saya tahu mengenai perkara itu dan saya anggap itu ialah usahanya untuk berjumpa dengan saya tapi tidak kesampaian.

"Jadi, apa salahnya saya yang kebetulan sudah habis program untuk Super Spontan berusaha pula  untuk berjumpa dengannya.

“Alhamdulillah, dengan bantuan rakan-rakan lain, kejutan yang saya nak buat untuknya itu akhirnya berjaya dilakukan,” jelasnya sambil memberitahu Zizan sudah menganggap dirinya sebagai abang dalam industri seni ini.

Walaupun kini sibuk dengan jadual seni masing-masing, namun Johan mahupun Zizan berhasrat untuk mengadakan satu teater muzikal khas buat peminat Jozan iaitu Jozan The Musical di Istana Budaya, tahun hadapan.

Kata Johan, bukan hanya sekadar Jozan yang akan beraksi sebaliknya teater ini juga akan dimeriahkan dengan artis-artis lain.

"Semuanya masih lagi dalam peringkat perbincangan tetapi memang kami lakukan untuk peminat Jozan.

"Ia bukanlah nak membuktikan pada sesiapa sebaliknya ini adalah untuk peminat   kami yang rindukan gabungan Jozan di atas pentas," katanya yang kini masih sibuk menjadi DJ di stesen radio ERA selain tampil sebagai hos dalam rancangan Proaganza bergandingan dengan Marsha Milan Londoh.

Setia dengan Elly & Epit

Selain menjadi pengacara Propaganza, Johan turut muncul kembali dalam drama bersiri kanak-kanak popular, Elly & Epit bagi musim kedua.

Kesinambungan dari musim pertama, menyaksikan Johan masih lagi menjadi teraju utama drama tersebut dengan memegang watak sebagai Johari atau Abang Joe seorang ‘suri rumah’ yang relaks, mempunyai perniagaan kek cawan dan suka membuat lawak.

Dia bagaimanapun meluahkan rasa keseronokannya kerana dapat bekerjasama sekali lagi dengan pelakon cilik yang lain.

“Saya seronok terbabit dengan mereka kerana kami sudah kenal di antara satu sama lain.

“Saya akui, untuk musim kedua ini, ia jauh lebih santai kerana masing-masing sudah semakin membesar dan matang dalam melontarkan dialog,” katanya.

Kata Johan, drama bersiri Elly & Epit pernah memenangi Siri Komedi Terbaik pada Anugerah Skrin 2012 membuktikan bahawa semua pelakon dalam drama ini adalah seorang ahli komedi.

“Kemenangan itu adalah di luar jangkaan. Saya dapat rasakan semua pelakon adalah pelawak. Itu yang membuatkan cerita ini kelakar.

“Pelawak yang saya maksudkan adalah lawak tahap kanak-kanak. Tidak dinafikan, kanak-kanak memang suka menonton rancangan ini. Begitu juga anak saya.

“Saya mengharapkan agar untuk musim yang baru ini, ia tetap mendapat sambutan yang memberangsangkan dari peminat di luar sana,” katanya.

Lebih matang

Selain Johan, drama bersiri ini juga di bintangi Nik Adrea dan Nad Zainal selain pelakon cilik seperti Raykarl Iskandar, Mohd Shafeiq Shazwan Zamrus, Farhanna Qismina Supandi, Abdul Hadi Abdul Mazlan dan Siti Amirah Dayana Mohd Amerullah.

Kelainan turut diselitkan apabila drama bersiri ini dimeriahkan dengan penampilan istimewa seperti Lisa Surihani, Ruminah Sidek, Harun Salim Bachik, Jonathan Putra, Wafiy Popstar dan Akhmal Nazri.

Drama rantaian kanak-kanak yang mendapat permintaan tinggi dari orang ramai ini diarahkan oleh Angie Choo Li Hsia dan Umi Salwana Omar serta akan mula bersiaran setiap Ahad, jam 11 pagi mulai 1 Disember nanti di saluran Astro Ceria (saluran 611).

Salah seorang pengarah drama tersebut, Umi Salwana memberitahu Elly & Epit musim kedua masih lagi berkisarkan kekeluargaan tetapi pengisiannya lebih matang dan lebih baik berbanding sebelum ini.

“Selepas dua tahun, tiga pelakon utama kanak-kanak iaitu Epit lakonan Afiq Shazwan, Elly (Farhanna Qismina) dan Kobi (Rykarl Iskandar) semakin membesar.

“Ia secara tidak langsung memberikan kesan pada lakonan dan pemahaman mereka pada watak dan cerita ini.

“Mereka juga semakin menyesuaikan diri dengan watak masing-masing,” katanya sambil memberitahu drama ini mempunyai 13 episod.

Menurutnya, ini adalah cubaannya yang pertama terhadap konsep kekeluargaan kerana sebelum ini dia juga pernah mengarahkan drama bersiri Oh My English.

“Elly & Epit dan Oh My English adalah dua program yang berbeza. Oh My English lebih bersifat keremajaan berbanding drama ini yang berfokus pada kanak-kanak,” katanya.

No comments:

Post a Comment

adverlets

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

~EBOOK~ ~Gambar Terbaik ~Gambar Terbaik~ ~internet~ ~Kisah Hidupku~ 100 Cermin 20 sen Afrika Aids Air kencing AK47 Alat Pelik AlatBoneka Alligator Anak Artis artist asia Awesome babi Badak Air Bakal Ditunda Barang Benua Ais Cair Berita Berkahwin BEruk Binatang Bintang Black Friday ? Bocor Bogel bola Bollywood Bomoh Alim Brazil Buat Duit Buaya Bunuh Bunuh Diri Burger Cantik China Comel Costume Cun Disember Domino DOWNLOAD Dunia Eropah Facebook Faizal Ismail Fakta fam FIFA Filem Filem Lucah FLASH Gadis Gajah Gaji Pertama Gambar Bodoh gedik Gempar GerGasi Gila2 Global Gua haiwan Halloween Harga Hero hibran hiburan Hilang Hiv Ikan Indonesia informasi IS isteri Jalanan Jambatan Janda 13 Tahun Jepun jerebu Johan Johan Dan Zizan JPJ Jpn Jual Dara Kambing Kantoi Kebakaran Kecantikan kejam Kek kahwin Kekasih Kemalangan Kembar Korea Kenaikan Kenderaan Kenyataan Kereta 12 Tahun kereta Api Kesha KESIHATAN Komik Korban korea kosmo Kostum Lakaran landak Laptop lawak Lelaki Lemas longkang Luar Negara Lucah Mafia Majalah Gq Malapetaka Malaysia Manga Mangsa Mayat Membaca menarik Metro Mig Minyak Wangi Mirip Miss Miss Universe MLM Model Sensasi Mohon Maaf muay thai Muda muslim Nafsu Serakah Negara Ngeri Nikah ninja saga Oven Padah ingkar Pakaian Paku Jalan Raya Pangsapuri Pasangan Patung Seks pelacut Pelakon PELIK pembedahan Plastik Penagih Dadah penawar pengemis Pengkianat Negara Penjagaan Bayi Penyampai Tv Perempuan Perkahwinan Polis politik popular Ps4 Rahsia Rakan Ratu Thailand Real Doll reality Remaja Renang Resipi Rompakan Runtuh Sarang Sebenar Sejarah Selamat selebriti semasa Seni Separuh Bogel Seram Serang Sewa Siasat software Spm Stor Terbakar suami Tauladan tempatan Terbaru Tergergaji kantung zakar sendiri Tertinggi Thailand timpa Tips Tiruan TOP 10 Trak trends tutorial Typography Video Video Game Vietnam Villa Walnut Wang Wanita Warga Asing