Perkahwinan gilang-gemilang pasangan selebriti sensasi, Rozita Che
Wan dan Zain Saidin pada 11 Disember ini menerima tajaan keseluruhan
bernilai kira-kira RM13 juta.Mencatatkan sejarah tajaan perkahwinan
paling besar dan mahal diterima pasangan artis tempatan, Rozita atau
mesra dengan panggilan Che Ta dan Zain mendapat jolokan 'Wedding of the
Year'.
Pada hari bahagiannya itu, Che Ta akan
menggayakan set barangan kemas tajaan Habib Jewel bernilai RM10 juta.
Rozita, 40, dan Zain, 29, yang ditemui media pada majlis pengumuman
tarikh perkahwinan mereka di Pusat Konvensyen Bandar Setia, Setia Alam,
di sini berkata, urusan penajaan perkahwinan itu juga bukan mereka yang
mencari sebaliknya pihak penaja terbabit yang menunjukkan minat dan
kesudian untuk memberi sokongan.
Pada majlis pernikahan yang akan berlangsung di Gazebo pusat
konvensyen itu nanti, Che Ta bakal menerima wang hantaran RM23,200, mas
kahwin bernilai RM9,300 serta sebentuk cincin perkahwinan dianggarkan
berharga RM93,000.
Majlis
berinai Che Ta akan diadakan di Ndah Mahligai Shah Alam pada 10 Disember
ini dan seterusnya, majlis resepsi pasangan pengantin berlangsung pada
13 Disember 2013 di Grand Ballroom, Pusat Konvensyen Bandar Setia, Shah
Alam, jam 8.30 malam. Terdahulu, majlis merisik Che Ta berlangsung di
Carcosa Seri Negara pada 29 September lalu. Majlis merisik secara
tertutup itu dihadiri saudara-mara dan kenalan rapat saja.
No comments:
Post a Comment