LAHAD DATU 3 Mac - Seramai enam anggota pasukan keselamatan terkorban selepas diserang hendap kumpulan bersenjata dipercayai mempunyai kaitan dengan Tentera Diraja Kesultanan Sulu yang bersembunyi di Kampung Srijaya Simunul, Semporna malam tadi.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam sidang akhbar malam ini memberitahu, mayat kesemua mangsa berjaya dibawa keluar selepas tamat operasi di lokasi terbabit kira-kira pukul 7 petang.
Beliau berkata, pasukan keselamatan turut menemukan enam mayat yang tidak dapat dikenal pasti dipercayai daripada kumpulan penceroboh terbabit.
Ismail turut mengesahkan tiada anggota pasukan keselamatan ditawan kumpulan penceroboh itu seperti didakwa sebaliknya kesemua anggota terbabit yang menjalankan operasi di situ diserang hendap dan menyembunyikan diri.
utusan
Ya Allah selamatkanlah semuanya..
ReplyDelete