LONDON - Pulau terbesar negara Belize, Ambergris Caye mengungguli senarai 10 pulau tercantik di dunia dalam satu kaji selidik yang disiarkan semalam.
Pulau tersebut menjadi destinasi popular penyelam skuba dari seluruh dunia.
Terletak di barat Lautan Carribean, Ambergris Caye yang mempunyai terumbu karang kedua terbesar di dunia selepas Terumbu Karang Besar di Australia mengatasi Pulau St. John yang berada di tempat kedua.
Kedua-dua pulau tersebut terletak di Lautan Carribean.
Tempat ketiga menjadi milik Bora Bora yang terletak dalam Kepulauan Polinesia Perancis di Lautan Pasifik.
Kaji selidik secara dalam talian itu dilakukan oleh laman web pelancongan TripAdvisor.
"Ambergris Caye memiliki pelbagai tarikan seperti gua batu kapur, jeram dan hutan tropikal,” kata jurucakap TripAdvisor, Emma Shaw. - Reuters
No comments:
Post a Comment