Click This pages

Sumbangan ikhlas

Sunday, March 24, 2013

Tanda-Tanda Sindron Down



Soalan: ASSALAMUALAIKUM. Saya Halimah Salim baru melahirkan anak kedua pada 29 Januari lalu. Saya melahirkan anak secara normal, selang beberapa hari, doktor memberitahu anak saya ada Sindrom Down.
Saya kurang pasti dan cuba mendapat pendapat lain kerana anak saya tidak mempunyai simptom Sindrom Down.
Jika benar bolehkah saya membawa anak saya ke Al-Hidayah untuk mendapatkan rawatan menggunakan kaedah Al-quran? Terima kasih.


Jawapan:

Waalaikumsalam. Secara fizikal atau dengan melihat raut wajah bayi baru lahir, memang sukar mengenal pasti anak itu ada Sindrom Down. Pihak hospital akan melakukan ujian analisis kromosom untuk mengesahkan seseorang bayi mengalami Sindrom Down.
Ini kerana terdapat beberapa jenis Sindrom Down dan ada yang tidak menunjukkan tanda fizikal di awal kelahiran.Hampir setiap hari ada ibubapa membawa anak Sindrom Down ke Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah.
Menurut Persatuan Sindrom Down Malaysia, dianggarkan 50,000 individu Sindrom Down, dengan satu kes bagi setiap 800 kelahiran.
Ada di antara mereka memiliki tanda Sindrom Down kronik dan ada tidak menunjukkan tanda di peringkat awal.
Umur anak turut berbeza; dari satu bulan hingga berumur lewat dua puluhan. Ada kala, bukan hanya pesakit Sindrom Down mendapat rawatan kami tetapi ibubapa dan ahli keluarga turut mendapat rawatan sebab tekanan.
SimptomSindrom Down selalunya dikaitkan dengan masalah pembelajaran, perkembangan fizikal lewat, kecacatan muka dan kelemahan otot di peringkat awal. Ramai individu Sindrom Down mempunyai masalah jantung berlubang, leukemia, Alzheimer, masalah gastro-usus dan isu kesihatan lain.
Terdapat beberapa ciri fizikal ketara bayi Sindrom Down, termasuk profil muka rata, mata sepet, kelopak mata luar biasa, jambatan hidung rata, lidah menonjol, telinga kecil, kedut tunggal pada tapak tangan, kecil anggota badan dan kepala kecil
Bagaimanapun, seperti semua kanak-kanak, pesakit Sindrom Down mempunyai kemahiran dan membangunkan bakat istimewa.
Punca sindrom downSindrom Down berlaku tanpa mengira bangsa, latar belakang pendidikan, status sosial ekonomi dan gaya hidup. Faktor genetik banyak mempengaruhi risiko Sindrom Down.
Punca sebenar Sindrom Down tidak diketahui. Ia bermula dengan kromosom tidak normal semasa pembahagian sel awal embrio.
Mengikut kajian perubatan moden masalah mungkin berkaitan dengan:
l Genetik
l Pendedahan kepada pancaran Sinar-X
l Jangkitan virus
l Ubat-ubatan yang kuat
l Masalah hormon dan imunologi
l Umur ibu (Peningkatan umur ibu)
l Sindrom Down adalah masalah DNA hasil gangguan kromosom yang menyebabkan perbezaan fizikal dan kognitif. Ia adalah gangguan genetik yang berlaku dalam satu daripada 800 kelahiran. Setiap sel badan normal mempunyai 46 kromosom, tetapi pesakit Sindrom Down mempunyai 47 kromosom dalam setiap sel. Terdapat tiga jenis Sindrom Down:
l Sindrom Down Trisomi 21:
Ini paling biasa di mana tiga nombor 21 kromosom ditemui bukan dua. Hasilnya, setiap sel dalam tubuh pesakit mempunyai 47 kromosom dan bukan 46 kromosom.
l Sindrom Down Translokasi:
Terdiri dari empat hingga lima peratus Sindrom Down. Dalam jenis ini, tambahan kromosom 21 termasuk dalam kromosom lain dalam setiap sel, biasanya di kromosom 14, 21 atau 22. Ia boleh berlaku secara spontan atau diwarisi. Jika salah seorang pembawa, terdapat peningkatan risiko anak Sindrom Down.
l Sindrom Down Mosaic:
Paling jarang berlaku. Terdiri daripada satu peratus kejadian. Dalam jenis ini, sesetengah sel mempunyai satu kromosom tambahan (47) dan lain-lain mempunyai bilangan normal.
Kerana hanya sel tertentu terlibat, kanak-kanak itu mungkin kurang terjejas kognitif dan fizikal. Jenis ini disebabkan kemalangan pembahagian sel dalam perkembangan embrio dan berlaku kesilapan dalam salah satu pembahagian sel pertama selepas mengandung.
Dalam pengalaman merawat anak Sindrom Down, terdapat kes melibatkan elemen gangguan makhluk halus terutamanya saka.
Gangguan saka selalunya diwarisi melalui keturunan di mana makhluk halus merosakkan urat saraf dan sel badan pesakit. Kesannya kecacatan kepada bayi dalam kandungan.
Kesan sindrom down Dianggarkan lebih 40 peratus kanak-kanak Sindrom Down mempunyai kecacatan jantung kongenital (jantung berlubang) semasa lahir.
Ramai anak Sindrom Down mempunyai masalah jantung berlubang telah menjalani rawatan di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah dan ramai sembuh tanpa pembedahan.
Kira-kira 10 peratus bayi Sindrom Down mengalami usus tersumbat dan memerlukan pembedahan.
Rawatan modenRawatan moden untuk Sindrom Down melibatkan banyak aspek terapi terutama dari segi pendidikan khas dari awal.
Objektif rawatan adalah mengurangkan tekanan keluarga, meningkatkan kualiti hidup pesakit dan melatih pesakit berdikari.
Buat masa ini, tiada rawatan tunggal mampu merawat Sindrom Down. Rawatan memerlukan beberapa rawatan.
Contoh rawatan seperti senaman fisioterapi, terapi kognitif dan sikap, terapi pertuturan dan kaunseling keluarga. Ahli keluarga terutamanya ibubapa diberi kaunseling dan latihan dalam menghadapi kerenah anak Sindrom Down.
Selain itu, guru terlatih dalam bidang Pendidikan Khas turut memainkan peranan penting dalam memastikan kanak-kanak Sindrom Down mendapat pendidikan sesuai.
Rawatan menggunakan ayat Al-QuranMenurut pandangan Islam, pertumbuhan janin ada sebahagian sempurna dan sebahagian tidak sempurna.
Pada peringkat 'mudghah' (embrio), jika janin dibedah, kita akan dapat melihat bahawa pertumbuhan sesetengah organ janin adalah sempurna dan selebihnya tidak.
Inilah dihuraikan dalam Al-Quran dengan tepat seperti ayat Al-Quran di bawah:
"Kami telah jadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu..." (Surah Al-Haj: 5)
"Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadian-mu dan menjadikan susunan tubuhmu yang seimbang Dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu" (Surah Al-Infithaar: 7-8)
Bagi mereka yang mempelajari ilmu biologi, ayat ini memang benar. Kita boleh mempelajari bagaimana perkembangan penciptaan manusia dari alam rahim lagi.
Dan benarlah setiap sesuatu itu atas kehendak dan izin Allah walau sebesar zarah. Ini dapat dilihat di peringkat pertumbuhan daripada gumpalan sel hingga bayi sempurna.
"...Kami tetapkan dalam rahim menurut kehendak Kami sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan sebagai bayi,..." (Surah Al-Haj: 5)
Allah menyatakan bahawa segala sesuatu yang terjadi pada kandungan si ibu adalah rahsia-Nya yang telah ditentukan. Maka sebagai hamba kita tidak layak mempersoalkan kenapa Allah menjadikan segelintir manusia dilahirkan sempurna sifat atau sebaliknya.
Sebagai contoh, manusia tidak boleh mengawal pembahagian sel semasa proses pembentukan antara sperma dan telur.
Ciri keturunan di dalam setiap sel kromosom adalah hak Allah. Hikmahnya, setiap manusia berbeza dari segi fizikal luarannya dan sudah tentu setiap masalah ada penyelesaiannya.
Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, keluarga pesakit Sindrom Down akan diberi ayat berikut untuk diamalkan disertai doa untuk memohon penyembuhan. Ayat tersebut adalah:
l Surah Az-Zumar ayat 24 hingga 37
l Surah Al-Hijr ayat 66 hingga 99
l Surah Yaasin ayat 43 hingga 58
l Surah Al-Hajj ayat 40 hingga 55
l Surah Al-Hajj ayat 73 hingga 78
l Surah As-Soffat ayat 66 hingga 140
Cara amalan ialah, keluarga pesakit membaca surah pertama iaitu surah Az-Zumar tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah Al-Hijr tiga kali pada waktu siang.
Pembacaan diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, keluarga pesakit perlu memohon doa kepada Allah swt untuk penyembuhan.
Selepas membaca dua surah pertama tadi, keluarga pesakit hendaklah mengulang amalan tersebut dengan surah seterusnya.
Lebih baik pesakit dan keluarga berjumpa perawat supaya dapat kami memeriksa jika ada gangguan makhluk halus dan boleh dirawat dan diberi ayat Al-Quran yang boleh merawat gangguan.
Saya dan semua kakitangan Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Hari Sindrom Down Sedunia yang akan diadakan pada 21 Mac.
Tarikh ini dipilih oleh Sindrom Down Antarabangsa sempena keunikan Sindrom Down trisomi kromosom 21. InsyaAllah, dengan izin dan kuasa Allah kami boleh membantu anak Sindrom Down.

No comments:

Post a Comment

adverlets

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

~EBOOK~ ~Gambar Terbaik ~Gambar Terbaik~ ~internet~ ~Kisah Hidupku~ 100 Cermin 20 sen Afrika Aids Air kencing AK47 Alat Pelik AlatBoneka Alligator Anak Artis artist asia Awesome babi Badak Air Bakal Ditunda Barang Benua Ais Cair Berita Berkahwin BEruk Binatang Bintang Black Friday ? Bocor Bogel bola Bollywood Bomoh Alim Brazil Buat Duit Buaya Bunuh Bunuh Diri Burger Cantik China Comel Costume Cun Disember Domino DOWNLOAD Dunia Eropah Facebook Faizal Ismail Fakta fam FIFA Filem Filem Lucah FLASH Gadis Gajah Gaji Pertama Gambar Bodoh gedik Gempar GerGasi Gila2 Global Gua haiwan Halloween Harga Hero hibran hiburan Hilang Hiv Ikan Indonesia informasi IS isteri Jalanan Jambatan Janda 13 Tahun Jepun jerebu Johan Johan Dan Zizan JPJ Jpn Jual Dara Kambing Kantoi Kebakaran Kecantikan kejam Kek kahwin Kekasih Kemalangan Kembar Korea Kenaikan Kenderaan Kenyataan Kereta 12 Tahun kereta Api Kesha KESIHATAN Komik Korban korea kosmo Kostum Lakaran landak Laptop lawak Lelaki Lemas longkang Luar Negara Lucah Mafia Majalah Gq Malapetaka Malaysia Manga Mangsa Mayat Membaca menarik Metro Mig Minyak Wangi Mirip Miss Miss Universe MLM Model Sensasi Mohon Maaf muay thai Muda muslim Nafsu Serakah Negara Ngeri Nikah ninja saga Oven Padah ingkar Pakaian Paku Jalan Raya Pangsapuri Pasangan Patung Seks pelacut Pelakon PELIK pembedahan Plastik Penagih Dadah penawar pengemis Pengkianat Negara Penjagaan Bayi Penyampai Tv Perempuan Perkahwinan Polis politik popular Ps4 Rahsia Rakan Ratu Thailand Real Doll reality Remaja Renang Resipi Rompakan Runtuh Sarang Sebenar Sejarah Selamat selebriti semasa Seni Separuh Bogel Seram Serang Sewa Siasat software Spm Stor Terbakar suami Tauladan tempatan Terbaru Tergergaji kantung zakar sendiri Tertinggi Thailand timpa Tips Tiruan TOP 10 Trak trends tutorial Typography Video Video Game Vietnam Villa Walnut Wang Wanita Warga Asing