Mungkin bukan pelik lagi melihat orang menyuap makanan terutama nasi
menggunakan tangan. Namun pastinya masih ada yang tertanya-tanya
sedangkan sudu dan garpu tersedia di depan mata.
Pengalaman seorang teman penulis yang ditanya temannya yang berbangsa
Inggeris mengenai cara makan ini, menarik minat untuk kita kongsikan di
sini. Wanita asal Scotland itu ingin tahu kenapa makan tidak
menggunakan sudu dan garpu sedangkan ia lebih sopan dan bersih.
Teman penulis menjawab.
“Ada tiga sebab, pertama tangan lebih
bersih jika dibandingkan sudu yang diguna di kedai makan kerana ia
dibasuh sendiri bukan orang lain.
“Kedua, yakin bahawa tangan hanya individu itu saja yang guna,
tidak seperti sudu yang dipakai ramai. Ketiga, percaya bahawa tangan
lebih bersih kerana belum pernah jatuh dalam longkang,” katanya.
Kebiasaannya, orang Melayu menggunakan tangan untuk bersantap.
Tak kira juadah apa sekalipun, ia adalah antara adab yang diamalkan
sejak zaman nenek moyang.
Dari sudut sains, makan guna tangan
kanan dapat mengaktifkan bahagian kiri otak lalu menimbulkan reaksi
positif dalam tubuh manusia. Tambahan pula ketika menjamu selera,
makanan mudah dihadam.
Sebaliknya bakal terjadi bila guna tangan
kiri di mana lebih berfungsi kepada otak kanan. Difahamkan, ia
dikaitkan dengan sifat negatif malah meniru perilaku syaitan yang penuh
hasad dengki dan pentingkan diri sendiri.
Bukan itu saja.
Rata-rata remaja kini menyatakan bahawa makan guna tangan dianggap kolot
dan kekampungan. Bahkan ada yang ‘tak lalu’ makan jika ada orang
sekeliling yang makan sehingga jilat jari. Geli-geleman!
Benar, tidak ada salahnya untuk makan menggunakan sudu mahupun garpu terutama jika mengambil makanan dari piring lain.
Secara
logiknya, jika anda makan makanan yang berkuah seperti sup, laksa dan
kari tentu guna sudu. Bayangkan bila guna tangan pasti orang di
sekeliling memandang lebih aneh.
Meskipun itu, ia terpulang
kepada cita rasa masing-masing asalkan pandai menjaga kebersihan tangan
atau alat makan lain yang digunakan. Penyakit pun sukar untuk menyerang.
Makan guna tangan turut beri kebaikan kerana ia mampu
membuatkan seseorang itu merasai benda tajam yang terdapat dalam
makanan. Contoh terdekat tulang ikan. Dengan itu dapat hindarkan diri
daripada tercekik lalu buat selera makan ‘mati’.
Pakai tangan
turut memberikan rasa sedap kepada makanan yang disuap ke mulut tidak
seperti sudu yang sudah bercampur dengan bahan logam tertentu. Ada yang
beranggapan guna tangan buat perut rasa lebih kenyang.
Sudu atau penyepit
Makan
guna sudu dan garpu biasa dilihat ketika menghadiri jamuan rasmi atau
makan malam. Tentunya anda tidak mahu dilihat ‘kolot’ guna jari-jari
tangan. Namun kalau terhidang dengan daging liat, mulalah terkial-kial
untuk memotong.
Memang ada betulnya, guna sudu memudahkan dan
jimat masa kerana tidak perlu mencuci tangan sebelum dan selepas makan.
Bahkan penulis perhatikan, ada yang mengelap sudu dengan tisu atau sapu
tangan bagi memastikan ia bersih sebelum digunakan. Mungkin tidak yakin
dengan kebersihan yang diberikan oleh penyedia makanan.
Berbeza
penyepit atau lebih dikenali sebagai ‘chopstics’ bagi masyarakat Cina.
Sukar bagi mereka yang baru pertama kali menggunakan penyepit sehingga
makanan yang diambil kerap terjatuh. Namun kalau sudah biasa, bukan
masalahnya. Malah penyepit ini bukan lagi ‘milik’ kaum Cina kerana
rata-rata rakyat Malaysia tahu menggunakannya.
Pembantu produksi
sebuah syarikat swasta, Darwina Abdul Azizis, 23, akui sukar menggunakan
penyepit makanan pada awal percubaannya dan ambil masa untuk pandai
pakai perkakas berkembar itu. Namun lama-kelamaan ia seronok menggunakan
penyepit ketika menikmati makanan.
“Saya akui, guna penyepit
memerlukan masa, tambahan pula pertama kali guna. Sedangkan sebelum ini
lebih suka guna tangan atau sudu. Namun Ia terpulang kepada jenis
makanan yang diambil.
“Pertama kali mencuba, ayah yang ajar
sehingga pandai menggunakannya. Pun begitu, kalau makan nasi lebih suka
guna tangan tapi jika membabitkan makanan seperti mi, saya akan guna
penyepit,” katanya.
Menurut Nadzirah Mohd Rosli, 23, beliau belajar guna penyepit ketika menonton sebuah drama Cina lalu cuba praktikkan di rumah.
“Setiap
petang saya suka tonton drama Cina yang rata-ratanya guna penyepit
ketika makan. Jadi dari situ timbul minat untuk cuba pakai sehingga
sekarang. Tapi tidaklah semua jenis makanan kerana makan guna tangan
lebih mudah kerana ia adalah tradisi masyarakat Melayu kita,” katanya
yang membuka perniagaan secara talian Internet.
sumberhmetro
Sumbangan ikhlas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
adverlets
Label
~EBOOK~
~Gambar Terbaik
~Gambar Terbaik~
~internet~
~Kisah Hidupku~
100 Cermin
20 sen
Afrika
Aids
Air kencing
AK47
Alat Pelik
AlatBoneka
Alligator
Anak
Artis
artist
asia
Awesome
babi
Badak Air
Bakal Ditunda
Barang
Benua Ais Cair
Berita
Berkahwin
BEruk
Binatang
Bintang
Black Friday ?
Bocor
Bogel
bola
Bollywood
Bomoh Alim
Brazil
Buat Duit
Buaya
Bunuh
Bunuh Diri
Burger
Cantik
China
Comel
Costume
Cun
Disember
Domino
DOWNLOAD
Dunia
Eropah
Facebook
Faizal Ismail
Fakta
fam
FIFA
Filem
Filem Lucah
FLASH
Gadis
Gajah
Gaji Pertama
Gambar Bodoh
gedik
Gempar
GerGasi
Gila2
Global
Gua
haiwan
Halloween
Harga
Hero
hibran
hiburan
Hilang
Hiv
Ikan
Indonesia
informasi
IS
isteri
Jalanan
Jambatan
Janda 13 Tahun
Jepun
jerebu
Johan
Johan Dan Zizan
JPJ
Jpn
Jual Dara
Kambing
Kantoi
Kebakaran
Kecantikan
kejam
Kek kahwin
Kekasih
Kemalangan
Kembar Korea
Kenaikan
Kenderaan
Kenyataan
Kereta 12 Tahun
kereta Api
Kesha
KESIHATAN
Komik
Korban
korea
kosmo
Kostum
Lakaran
landak
Laptop
lawak
Lelaki
Lemas
longkang
Luar Negara
Lucah
Mafia
Majalah Gq
Malapetaka
Malaysia
Manga
Mangsa
Mayat
Membaca
menarik
Metro
Mig
Minyak Wangi
Mirip
Miss
Miss Universe
MLM
Model Sensasi
Mohon Maaf
muay thai
Muda
muslim
Nafsu Serakah
Negara
Ngeri
Nikah
ninja saga
Oven
Padah ingkar
Pakaian
Paku Jalan Raya
Pangsapuri
Pasangan
Patung Seks
pelacut
Pelakon
PELIK
pembedahan Plastik
Penagih Dadah
penawar
pengemis
Pengkianat Negara
Penjagaan Bayi
Penyampai Tv
Perempuan
Perkahwinan
Polis
politik
popular
Ps4
Rahsia
Rakan
Ratu Thailand
Real Doll
reality
Remaja
Renang
Resipi
Rompakan
Runtuh
Sarang
Sebenar
Sejarah
Selamat
selebriti
semasa
Seni
Separuh Bogel
Seram
Serang
Sewa
Siasat
software
Spm
Stor Terbakar
suami
Tauladan
tempatan
Terbaru
Tergergaji kantung zakar sendiri
Tertinggi
Thailand
timpa
Tips
Tiruan
TOP 10
Trak
trends
tutorial
Typography
Video
Video Game
Vietnam
Villa
Walnut
Wang
Wanita
Warga Asing
No comments:
Post a Comment