Isteri kepada pelakon pujaan ramai Aaron Aziz, Diyana
Halik meyangkal dakwaan bahawa suaminya meninggal dunia dan beliau
menegaskan berita yang tersebar itu adalah palsu semata-mata.
"Dia tidak pergi pun ke tempat yang dinyatakan. Saya sendiri tidak faham
mengapa berita itu tersebar dan siapa yang punya angkara. Segala
tindakan terpulang pada Aaron dan setakat ini saya masih belum
berbincang mengenai isu ini." Katanya kepada Harian Metro.Tambah Diyana lagi, Aaron bakal kembali ke Malaysia pada November ini selepas pengambaran "Fear Factor Selebriti Malaysia" musim kedua selesai.
"Untuk pengetahuan semua, suami saya kini berada di Cape Town untuk menjalani rakaman program "Fear Factor". Saya tidak terkejut kerana ketika berita itu sampai ke pengetahuan saya, saya baru habis bercakap dengannya iaitu pada jam 4 pagi waktu pagi waktu tempatan," jelasnya seperti dipetik sebuah portal hiburan tempatan.
Kelmarin dunia hiburan tempatan kecoh apabila sebuah laporan laman web agensi berita antarabangsa Global Associated News, melaporkan pelakon kelahiran Singapura itu meninggal dunia akibat kemalangan ketika meluncur salji di Zermatt Ski Resort, Switzerland.
No comments:
Post a Comment