Rasanya ramai yang dah menonton video pertelingkahan isteri Mat Yo
dengan seorang pak cik pak guard di lapangan terbangan
Subang. Menariknya, laporan polis yang telah dibuat oleh Siti Aisya Adam
pula dibuat lebih awal daripada masa itu. Terdapat percanggahan ketara
antara agenda dalam video berkenaan dengan isi kandungan laporan polis.
Persoalan sekarang, adakah laporan polis yang telah dibuat isteri Matyo
hanya palsu semata-mata? Dan kenapa jauh menyimpang daripada isi
kandungan dalam video rakaman asal?
maaf ye kabur
“PADA 12/09/13 JAM LEBIH KURANG 1150HRS SEMASA SAYA BERADA DI KAWASAN
AIRPORT SUBANG BERSAMA SUAMI SAYA, KAMI MERANCANG DAN BERBINCANG DI
DALAM KERETA UNTUK MEMBELI TIKET KAPAL TERBANG DI TERMINAL 3 SKYPARK.
SEMASA SAYA MEMBERHENTIKAN KERETA SAYA WVQ 9090 JENIS MINI COOPER
BERHADAPAN DENGAN PINTU MASUK TERMINAL 3, TIBA TIBA SEORANG SEKURITI
SKYPARK BERNAMA (AZMAN) DATANG KE ARAH KERETA SAYA DAN MENYURUH SAYA
MENGALIHKAN KERETA SAYA. LALU SAYA MEMINTA UNTUK BERHENTI SEKETIKA.
SELEPAS DUA MINIT SEKURITI ITU DATANG DAN MENGELUARKAN KATA-KATA KESAT
TERHADAP SAYA, SEPERTI PEREMPUAN BODOH, SIAL, BANGANG, PEREMPUAN GILA
DAN BANYAK LAGI. SEMASA KEJADIAN TERSEBUT SEKURITI ITU CUBA MENYERANG
SAYA BEBERAPA KALI WALAUPUN SUAMI SAYA ADA DI SITU, SAYA TERASA AMAT
MALU DI PERLAKUKAN SEBEGITU SEBAGAI WANITA. SAYA JUGA ADA MERAKAM
KEJADIAN TERSEBUT. SAYA DATANG KE BALAI POLIS UNTUK BUAT LAPORAN UNTUK
TINDAKAN PIHAK POLIS. SEKIAN LAPORAN SAYA.”
sumber hangat
No comments:
Post a Comment