fizo omar melamar Mawar... |
Selepas enam bulan bercinta, pelakon, Fizo Omar, dan pasangannya, Mawar
Abdul Karim, memilih 10 November depan sebagai tarikh pernikahan mereka.
Menurut
Fizo, bagi mengikut adat dan atas nasihat keluarga masing-masing,
sehari sebelum acara ijab dan kabul berlangsung, keduaduanya terlebih
dulu akan ditunangkan.
"Kalau ikutkan, memang kami tidak
mahu bertunang. Selepas berbincang, akhirnya kami setuju bertunang pada 9
November, bagi tempoh 24 jam sebelum akad nikah.
"Tiada apa-apa yang istimewa mengenai pemilihan tarikh terbabit.
Cuma, kami rasa itulah tarikh yang sangat sesuai selepas mendapat persetujuan keluarga masing-masing.
"Kedua-dua majlis akan diadakan dalam suasana sederhana di kediaman keluarga Mawar di Kajang.
Majlis
itu juga akan disiarkan secara langsung menerusi program Nasi Lemak
Kopi O," kata Fizo pada sidang media khas mengumumkan tarikh pertunangan
dan pernikahan mereka di Mutiara Damansara, semalam.
Hadir sama, bakal isteri Fizo, Mawar, dan anggota keluarga keduadua pasangan berkenaan.
Bagi
majlis resepsi, menurut Fizo, ia akan dilangsungkan di tiga lokasi
berasingan iaitu Kuala Lumpur, Kelantan dan Pulau Pinang.
"Majlis
pertunangan dan pernikahan akan dibuat secara tertutup, dengan
kehadiran keluarga dan rakan terdekat. InsyaAllah, pada majlis resepsi
yang akan diadakan pada Disember depan, semua rakan akan diundang,"
katanya.
Lihat Video Lamaran Fizo Omar...
No comments:
Post a Comment