Click This pages

Sumbangan ikhlas

Wednesday, October 02, 2013

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA -KOS KEMPEN DI FACEBOOK, TWITTER TIDAK WAJAR


KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Beberapa kelemahan dikesan dalam aktiviti pendidikan kesihatan termasuk kos pembangunan laman sosial Facebook dan Twitter bernilai RM320,000 yang tidak wajar, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012. Menurut laporan itu, kos kempen ''Tak Nak Merokok'' dibuat oleh sebuah syarikat melibatkan akaun Facebook bernilai RM199,068 bagi tempoh Julai hingga Disember 2011 dengan bilangan 100,000 ''like/fans''. Bagi kempen ''Intervensi Penyakit Tidak Berjangkit'', ia dilakukan melalui akaun Facebook dan Twitter oleh syarikat lain berjumlah RM120,500.
Skop kerja kedua-dua kontrak hampir sama namun harga yang ditawarkan berbeza.
"Selepas kontrak tamat didapati kandungan dalam laman sosial tidak
 dikemas kini KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia)," menurut laporan itu.
Ketua Audit Negara berkata KKM seharusnya menimbangkan kewajaran kedua-dua
sebut harga bagi kempen melalui Facebook dan Twitter kerana terdapat persamaan
maklumat dalam sebut harga dan memastikan laman sosial berkenaan sentiasa
relevan dan kemas kini.

-- LAGI
LAPORAN-AUDIT (KESIHATAN/KEMPEN) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Ketua Audit Negara turut menegur kempen KKM menerusi pengagihan barangan
dalam bentuk cenderahati seperti beg galas dan penanda nota bermesej yang
tidak diagihkan kepada golongan sasar disebabkan penggunaan perkataan tidak
sesuai.
"Beg galas dan pelekat penanda yang memaparkan slogan ''Smoking, A Stupid
Habit for Stupid People'' tidak sesuai diagihkan kepada golongan sasar," menurut

laporan itu.
Jabatan Audit Negara turut mendapati poster dan risalah di mana karya seni
yang siap disediakan secara dalaman dan cetakan dibuat syarikat percetakan
mengandungi beberapa kesilapan laras bahasa dan ejaan melibatkan kos melebihi
RM31,200.
Pada satu kempen, penggunaan bait perkataan ''KE ARAH ELIMINASI TRANSMISI
VERTIKAL'' pada papan iklan kempen HIV/AIDS di sebuah klinik kesihatan di
Kelantan memaparkan mesej yang sukar difahami masyarakat setempat.
"Pada pendapat audit, KKM hendaklah menekankan penggunaan laras bahasa,
ejaan yang betul dan penyampaian mesej yang mudah difahami," menurut laporan
itu.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

adverlets

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

~EBOOK~ ~Gambar Terbaik ~Gambar Terbaik~ ~internet~ ~Kisah Hidupku~ 100 Cermin 20 sen Afrika Aids Air kencing AK47 Alat Pelik AlatBoneka Alligator Anak Artis artist asia Awesome babi Badak Air Bakal Ditunda Barang Benua Ais Cair Berita Berkahwin BEruk Binatang Bintang Black Friday ? Bocor Bogel bola Bollywood Bomoh Alim Brazil Buat Duit Buaya Bunuh Bunuh Diri Burger Cantik China Comel Costume Cun Disember Domino DOWNLOAD Dunia Eropah Facebook Faizal Ismail Fakta fam FIFA Filem Filem Lucah FLASH Gadis Gajah Gaji Pertama Gambar Bodoh gedik Gempar GerGasi Gila2 Global Gua haiwan Halloween Harga Hero hibran hiburan Hilang Hiv Ikan Indonesia informasi IS isteri Jalanan Jambatan Janda 13 Tahun Jepun jerebu Johan Johan Dan Zizan JPJ Jpn Jual Dara Kambing Kantoi Kebakaran Kecantikan kejam Kek kahwin Kekasih Kemalangan Kembar Korea Kenaikan Kenderaan Kenyataan Kereta 12 Tahun kereta Api Kesha KESIHATAN Komik Korban korea kosmo Kostum Lakaran landak Laptop lawak Lelaki Lemas longkang Luar Negara Lucah Mafia Majalah Gq Malapetaka Malaysia Manga Mangsa Mayat Membaca menarik Metro Mig Minyak Wangi Mirip Miss Miss Universe MLM Model Sensasi Mohon Maaf muay thai Muda muslim Nafsu Serakah Negara Ngeri Nikah ninja saga Oven Padah ingkar Pakaian Paku Jalan Raya Pangsapuri Pasangan Patung Seks pelacut Pelakon PELIK pembedahan Plastik Penagih Dadah penawar pengemis Pengkianat Negara Penjagaan Bayi Penyampai Tv Perempuan Perkahwinan Polis politik popular Ps4 Rahsia Rakan Ratu Thailand Real Doll reality Remaja Renang Resipi Rompakan Runtuh Sarang Sebenar Sejarah Selamat selebriti semasa Seni Separuh Bogel Seram Serang Sewa Siasat software Spm Stor Terbakar suami Tauladan tempatan Terbaru Tergergaji kantung zakar sendiri Tertinggi Thailand timpa Tips Tiruan TOP 10 Trak trends tutorial Typography Video Video Game Vietnam Villa Walnut Wang Wanita Warga Asing