Melalui foto-foto lain yang dikongsikan Leuniey di Instagram, terdapat segelintir peminat membuat andaian bahawa bayi yang dikandung Leuniey adalah perempuan dek kerana wajahnya yang semakin berseri-seri.
Model dan juga pemilik butik pengantin yang berusia 22 tahun ini dilaporkan bakal bersalin pada Februari depan dan Apek telah pun berkira-kira untuk mendapatkan rawatan yang terbaik untuk Leuniey dengan memilih doktor pakar wanita.
Pasangan popular ini telah berkahwin pada 28 Disember tahun lalu di dalam satu majlis yang diadakan di Kota Bharu, Kelantan.
Dalam perkembangan lain, Apek kini sibuk dengan
persiapan untuk skuad kebangsaan Malaysia bagi menghadapi Bahrain pada
aksi ketiga kelayakan Piala Asia di stadium Shah Alam 15 Oktober ini.
No comments:
Post a Comment