Nora atau nama sebenarnya Nora binti Mohd Danish Hanif menegaskan berita itu tidak benar sama kali dan tidak tidak berasas.
"Saya agak terkejut dan tidak tahu menahu pun mengenai isu ini. Setahu saya, rumah itu adalah hadiah untuk ibunya dan dia bukan beli untuk saya. Takkanlah dia nak beli hadiah semahal itu untuk saya. Malah, isu kereta Ferrari pun tidak benar kerana saya tidak pakai pun kereta jenama tersebut.
"Orang suka buat andaian dan sejujurnya, saya kesian pada dia kerana orang asyik bercakap pasal reputasi jahat dia saja. Jangan kaitkan apa yang dia buat dengan saya kerana memang dia tidak beli hadiah yang dimaksudkan itu untuk saya. Di sini saya ingin tegaskan yang isu ini tidak betul sama sekali dan ia adalah fitnah semata-mata," katanya kepada Gua.
Pelakon yang berusia 31 tahun ini sering digosipkan dengan anak VIP dan kali ini beliau digosipkan pula dengan Nedim iaitu anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan kerana dilihat seperti dilamun cinta apabila melalui foto-fotonya yang dikongsikan di Instagram mereka berdua kelihatan mesra dan romantik.
Tambah pelakon cantik ini lagi, beliau selesa bekawan dengan sesiapa dantidak meletak apa-apa kriteria sekalipun.
No comments:
Post a Comment