Sejarah tamadun negara-negara dunia pertama
membuktikan kuasa membaca dan menimba ilmu pengetahuan dalam pembentukan
tamadun manusia dan peningkatan kualiti hidup masyarakat.
Malaysia
kini menghampiri halangan yang terakhir tetapi paling sukar dalam
mengecapi kekayaan dan kemakmuran ekonomi; iaitu dalam membentuk sebuah
masyarakat berasaskan pengetahuan yang dianggotai oleh para ilmuwan.
Golongan
belia dan dewasa kini lebih menjerumus ke arah hedonisme dan hiburan
berasaskan digital. Mereka tidak lagi menemukan keseronokan dalam
membaca sebagai hobi di waktu lapang, jauh pula sebagai sumber hiburan.
Akibatnya,
hujah dan perbualan harian semakin tegar dinodai pandangan peribadi
yang kurang berasas dengan kesahihan yang berpaksikan maklumat picisan
dari Facebook dan Twitter.
Tabiat
membaca memerlukan kepada perubahan minda yang peka dan dimulakan dari
awal. Justeru, beban menerapkan sifat suka membaca di kalangan anak-anak
kecil terletak pada bahu ibu bapa.
Perubahan
satu generasi ke generasi yang lain akan dapat memastikan kemampanan
tabiat membaca dan juga penerusan budaya ilmu di kalangan generasi yang
berikutnya.
Marilah
kita menerapkan budaya minat membaca di kalangan rakyat Malaysia,
menggalakkan budaya cintakan ilmu, serta mempertingkat status
sosio-ekonomi kita demi merealisasikan impian untuk sebuah Malaysia yang
lebih baik ke arah kecemerlangan negara.- CARI Infonet
No comments:
Post a Comment