Umum mengetahui
setiap negara mengamalkan waktu kerja lapan jam dan ke atas untuk satu
hari.
Namun, hal ini berbeza dengan negara Sweden. Sweden meluluskan perkerjanya untuk bekerja selama enam jam sehari berbanding negara-negara lain.
Perkara ini diambil berikutan satu kajian membuktikan waktu kerja yang pendek menyebabkan pekerja berasa lebih gembira, peratusan berhenti kerja menurun selain keuntungan syarikat meningkat sebanyak 25 peratus.
Amalan seperti ini sebenarnya sudah dilakukan terhadap sebuah pusat perkhidmatan servis Toyota di Gothenburg yang telah mengamalkan waktu kerja enam jam sehari sejak 13 tahun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat di sana, Linus Feldt berkata waktu kerja lapan jam kini sudah tidak relevan selain ia tidak meningkatkan produktiviti pekerjanya.
“Untuk terus fokus dalam tempoh lapan jam sehari memang agak sukar. Oleh itu kami sering kali selang-selikan masa bekerja dan masa berlibur dalam usaha untuk menjadikan suasana kerja lebih baik,” katanya.
Menurut logik mereka, jika waktu kerja dipendekkan, staf akan lebih bermotivasi dan ada lebih banyak tenaga untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diamanahkan dalam tempoh masa yang singkat. - CARI Infonet

No comments:
Post a Comment