KUALA LUMPUR: Jualan gudang kasut jenama Vincci yang
dijadualkan berlangsung pada 2 hingga 4 Oktober telah dibatalkan ekoran
faktor keselamatan.
Perkara tersebut diumumkan oleh Vincci di laman Facebook mereka hari ini.
Jualan gudang yang terletak di Glenmarie Shah Alam itu mula dibuka pada hari ini pukul 10 pagi tadi dan dikunjungi ribuan pembeli yang rata-ratanya wanita.
Situasi menjadi kecoh apabila ada pengunjung yang memanjat tembok dan mengetuk pintu gudang semata-mata mahu mendapatkan kasut pilihan masing-masing.
No comments:
Post a Comment