Mulut muncung persis itik nampaknya bukan lagi menjadi kegilaan mereka yang suka bergambar selfie. Nampaknya trend 'fish gape' telah menggantikan gaya 'duck face' yang membosankan itu.
Duck
face sinonim dengan gaya bibir dimuncungkan agar wajah dikatakan tampak
lebih comel dan manis. Walau bagaimanapun, cara ini agak menjengkelkan
kerana si empunya diri nampak 'terdesak' untuk kelihatan sedemikian
rupa.
Berbeza dengan gaya fish gape, wajah yang lebih bersahaja tanpa perlu membuat mimik muka seolah-olah comel diperlukan.
Majalah
Cosmopolitan memaparkan bahawa fish gape bakal menjadi trend terbaharu,
apabila beberapa artis ternama telah mula bergambar selfie dengan cara
'mulut terbuka'.
Jika duck face dikatakan lebih keanak-anakan, namun fish gape dikaitkan dengan aura yang lebih seksi dan matang. Masih tidak kalah 'menggoda', namun fish gape dikatakan bersifat lebih dewasa.
Bagi anda yang ingin mencuba gaya fish gape, bukakan sedikit bibir anda. Biarkan sedikit bahagian gigi yang kelihatan.
Turunkan
sedikit dagu anda, sedut sedikit pipi agar ke dalam, kecilkan sedikit
mata dan nah, anda lakukan fish gape dengan sangat cemerlang dan
menggoda!
Apa gunanya? Ya, apa kelebihannya? Mungkin ada yang bertanya. Dari segi penampilan, fish gape membuatkan bibir menonjol lebih seksi dan bersahaja, wajah kelihatan lebih bujur dan mengurangkan kehadiran kedutan pada wajah. Menarik bukan? - CARI Infonet
No comments:
Post a Comment