Para
saintis NASA menyifatkan pembakaran hutan yang menyebabkan jerebu tebal
di rantau Asia Tenggara sekarang ini, adalah yang paling buruk dalam
sejarah.
Bencana itu juga dijangka akan berlarutan sepanjang beberapa tahun akan datang.
Perubahan cuaca akibat kesan El Nino menyebabkan keadaan cuaca lebih kering daripada biasa di Indonesia kerana kekurangan hujan.
Menurut
para saintis NASA lagi cuaca berjerebu sekarang ini boleh bertukar
menjadi lebih teruk daripada yang pernah terjadi pada 1997, yang
dianggap paling buruk.
Indonesia
menghadapi tekanan daripada negara-negara jirannya setiap tahun sejak
20 tahun lalu untuk menangani pembakaran hutan di negara itu yang
menjadi punca jerebu tebal dirantau ini disamping menyebabkan perubahan
iklim. - AFP
sumber cari forum
No comments:
Post a Comment