KUALA LUMPUR – Penyanyi
nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengharumkan nama
Malaysia apabila disenaraikan antara 500 Muslim Paling Berpengaruh di
Dunia dalam keluaran terbaharu The Muslim 500: The World’s 500 Most
Influential Muslims edisi tahun 2016.
Ia disiarkan di laman web www.themuslim500.com baru-baru ini.
Senarai tahunan yang mula dibuat sejak tujuh tahun lalu itu
menyenaraikan 500 daripada 1.7 bilion orang Islam paling berpengaruh di
dunia dalam bidang masing-masing.
Selain Siti, seorang lagi selebriti dari Malaysia lain yang turut
menjadi individu terbaharu dalam senarai kategori kesenian dan
kebudayaan itu ialah komposer dan penyanyi, Hafiz Hamidun.
sumber daripada kosmo
No comments:
Post a Comment