Jerebu teruk yang melanda negara ketika ini dijangka akan kembali pulih menjelang 5 Oktober ini. Jabatan
Meteorologi berkata fenomena jerebu tersebut berpunca daripada ribut
tropika Mujigae yang melanda kawasan lebih kurang 1,300 kilometer arah
barat laut Sabah.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail ketika dihubungi Astro AWANI.
"Negara
kita masih lagi berjerebu disebabkan oleh pengaruh ribut tropika
Mujigae yang kini berada lebih kurang 1,300km arah barat laut Sabah.
"Ribut
tropika ini telah menyebabkan negara kita kembali mendapat angin dari
arah barat daya yang mana seterusnya membawa bencana jerebu dari
kebakaran hutan dari Sumatera dan Kalimantan ke negara kita.
"Ribut ini akan melanda sehingga 4 Oktober ini dan seterusnya lenyap dan keadaan jerebu mula pulih selepas 5 Oktober ini," kata Che Gayah.
p/s : exazaf masih tidak faham kenapa hendak dikaitkan dengan Ribut Tropika Mujigae ...sedangkan jerebu ini berpunca daripada kita sendiri ( manusia ).
No comments:
Post a Comment